Isnin, April 05, 2010

USAH DAMBAKAN ISTERI SEMPURNA, JIKA DIRI SEBALIKNYA


Wanita seringkali berusaha menjadi isteri terbaik buat suaminya dan sanggup melakukan apa sahaja perubahan agar disayangi dan dikagumi suami.

Namun kebahagian sesebuah perkahwinan bukan terletak pada isteri sahaja, suami juga harus menjadi insan tersayang yang menggembirakan isteri sepanjang masa walau dalam keadaan apa pun. Bukan sekadar memiliki perawakan yang menarik tetapi memiliki satu pakej yang sempurna sehingga menjadi teladan kepada semua, disayangi isteri, dihormati anak-anak, disanjung keluarga dan akhirnya berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat.

Berikut adalah petua bagaimana hendak memenuhi aspirasi berkenaan dan anada mungkin mampu memenuhinya jika piawaian yang anda ada menepati apa yang dicari seorang wanita bergelar isteri. Jadilah suami yang terbaik dan dihormati isteri.


30 Pesanan buat suami

1. Pucuk panggal sesuatu perkara bermula daripada keikhlasan dan niat yang betul. sekiranya anda berniat dan berdoa utk menjadi suami terbaik, tentu anda akan mencapainya. Tanpa niat dan doa harapan anda itu akan tinggal harapan sahaja dan tidak mungkin anda akan menjadi suami yang cemerlang. Ramai lelaki yang tidak mengambil berat mengenai perkara ini.

2. Sentiasalah bersyukur dengan jodoh yang ditentukan buat anda dan bersyukurlah kerana mempunyai pasangan. Yakinlah bahawa isteri adalah pasangan terbaik buat anda. Hargailah dia dan berilah layanan yang selayaknya.

3. Jadilah suami mithali yang dibanggakan isteri. Menjadi suami mithali bermanda anda harus tunjukkan contoh yang baik. Tanya diri ada apakah anda mempunyai sifat dan amalan yang dibanggakan isteri.

4. Peruntukkan masa berbual dengan isteri setiap hari walaupun sekejap. Setiap isteri pasti bahagia apabila suami berbual dengannya. Tanya diri anda berapa minit anda luangkan masa berbual bersama isteri setiap hari??

5. Pulanglh ke rumah dgn senyuman dan semangat bugak dengan keletihan dan wajah yang bengis. Senyuman anda akan membahagiakan isteri dan anak2 dan rahmat akan turun. Percayalah..

6. Gunalh masa di dalam kenderaan utk bergurau senda dgn isteri ketika berjalan2 atau kemana saja. Ini kerana ramai suami lebih suka membisu ketika memandu daripada berbual dengan isterinya.

7. Luangkan sedikit masa menghantar kiriman sms kepada isteri dgn menyatakan anda sayang kepadanya. Pasti isteri akan terasa bahagia dan dihargai apabila anda berbuat demikian.

8. Selain menghubungi isteri, hiburkan hatinya dgn bercerita, bt lawak atau gurauan yg sewajarnya. Ianya pasti mengeratkan hubungan kekeluargaan anda.

9. Jadikan makan bersama setiap hari sebagai amalan. Amalan ini akan mengeratkan hubungan.

10. Tonton tv bersama dan bercerita mengenai apa yg ditonton.