Rabu, April 03, 2013

Selasa, Mac 13, 2012

Bila Tuhan menciptakan WANITA...

Tuhan ciptakan bahu wanita, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

Tuhan berikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.

Tuhan berikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

Tuhan berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.

Tuhan berikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya.

Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.

Tuhan berikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..?

Tuhan berikan kepada wanita kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

Dan akhirnya, Tuhan berikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan.

Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah "air mata
kehidupan."

Tapi air matamu terlampau byk sudah dicurah....tidak terkira berapa jumlahnya..tapi kali ini, kekentalanmu betul-betul mengajarku agar menjadi seorg yg tabah dalam mengharungi dugaan yang tuhan berikan..

Khamis, Februari 09, 2012

Tanggungjawab Kepada Ibu bapa

Apabila seorang lelaki Muslim berkahwin ia bertanggungjawab memberi nafkah dan segala keperluan kepada isterinya. Samaada nafkah zahir dan batin dan asas pendidikan Islam. Dengan kadar keperluan mengikut kemampuan suami. Bila dikurniakan anak-anak maka tanggungjawabnya akan bertambah kerana telah menjadi ayah untuk menyara segala keperluan nafkah dan pendidikan anak-anaknya pula.

Walaubagaimana pun ia telah memiliki keluarganya sendiri tetapi tanggungjawab kepada kedua ibu bapanya tidak boleh diabaikan kerana ia masih terikat dengan tanggungjawab tersebut.
Dalam Hadith Sahih Bukhari, seorang lelaki bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w. maksudnya :

“Siapakah yang perlu kita hormati dan kasihi selepas Allah dan Nabi?”
Jawab Nabi “Ibu kamu”
“Selepas itu?”-
“Ibu kamu”
“Selepas itu?”-
“Ibu kamu”
Kali ke 4 lelaki itu bertanya, “Selepas itu?”
Jawab Nabi “Ayah kamu”

Lihatlah betapa tingginya nilai ibu di dalam Islam. Seorang ibu tidak ada apa cara sekalipun dapat kita membalasnya. Seorang lelaki datang kepada Sayyidian Umar al-Khattab r.a dan berkata, "Saya telah mendokong ibu saya sepanjang tawaf dan haji, sudahkah saya dapat membalas jasa ibu." Jawab Umar r.a., " Kamu belum dapat membalas jasa ibumu walaupun setitis air mata ibumu semasa melahirkanmu."

Hadis di atas menjelaskan selepas Allah dan Rasul-Nya, orang yang perlu dihormati dan dikasihi adalah ibu dan bapa. Bukan setakat menghormati dan mengasihi mereka tetapi segala keperluan hidup ,keselamatan dan hak-hak mereka perlulah di penuhi sekadar kemampuan si anak tadi.
Menurut Al Qurthubi, derhaka kepada kedua orang tua ialah menyalahi perintah keduanya, sebagaimana bakti keduanya bererti mematuhi perintah mereka berdua. Berdasarkan ini jika keduanya atau salah seorang dari mereka menyuruh anaknya, maka anaknya wajib mentaatinya, jika perintah itu bukan maksiat. Meskipun pada asalnya perintah itu termasuk jenis mubah, begitu pula bila termasuk jenis mandub (sunat).

Dalam sebuah hadis dijelaskan, Rasulullah s.a.w. bersabda: Dari Abdullah bin Amr, ia berkata: "Seorang lelaki datang kepada Rasulullah, lalu berkata: 'Wahai Rasulullah, aku datang untuk berjihad bersama baginda kerana aku ingin mencari redha Allah dan hari akhirat. Tetapi aku datang kesini dengan meninggalkan ibu bapaku dalam keadaan menangis'. Lalu sabda baginda:
"Pulanglah kepada mereka. Jadikanlah mereka tertawa seperti tadi engkau jadikan mereka menangis". (Hadis Riwayat Ibnu Majah)
Jadi perintah ibu atau bapa yang bukan bersifat maksiat atau mempersekutukan Allah, maka kita wajib mentaatinya. Namun jika perintah nya bersifat melawan kehendak dan hukum agama, maka tolaklah dengan cara yang baik.

Seorang wanita apabila telah berkahwin, segala tanggungan dirinya adalah adalah dibawah tanggungan suaminya. Amanah ini terlah diserahkan oleh bapa wanita tadi kepada suaminya.
Bagaimana pandangan Islam kedudukan wanita tersebuat terhadap ibu bapanya?
Islam amat menitik beratkan soal silaturahim, perhubungan sebagai anak dan ibu bapa perlu diteruskan seperti biasa. Wanita kena mentaati suaminya dan diberi keutamaan daripada arahan ibu bapanya kerana tanggungjawab dan ketaatan isteri perlu diberikan kepada suaminya. Walaubagaimana pun Islam melarang suami berlaku tidak adil kepada isterinya jika ada sesuatu keperluan ia ingin membantu ibu bapanya yang susah dan memerlukan bantuan.
Pihak suami perlu ingat bahawa setelah ia mengawini wanita tersebut ibu bapa mertuanya adalah telah menjadi mahramnya dan sama taraf dengan ibu bapanya sendiri. Perlulah diberi kasih sayang dan segala keperluan dan hajat mereka berdua jika mereka terdiri daripada orang miskin perlulah diberi bantuan .

Kedua-duanya (suami dan isteri) wajib berbuat baik kepada kedua orang tua (kedua-dua belah pihak) selagi ada hayat mereka di dunia ini. Berbuat baik dalam erti kata menyenangkan hati kedua-duanya dan menjaga serta memberikan apa-apa keperluan mereka. Anak perempuan tidak terlepas tanggungjawab dan berbakti kepada orang tuanya. Jika dia mampu dia juga hendaklah berbuat baik kepada kedua ibu bapanya.

Dalam Islam, lelaki adalah ketua keluarga, sebab itulah anak lelaki diberikan lebih tanggungjawab untuk menyara orang tua nya walaupun selepas berkahwin jika dibandingkan dengan perempuan yang kurang tanggungjawabnya untuk berbuat demikian selepas berumah tangga. Sebab itulah dalam Islam anak lelaki beroleh 1/2 nisbah faraid berbanding dengan anak perempuan, ini menunjukkan betapa Islam menghargai tanggungjawab yang dipikul oleh anak lelaki sebagai ketua keluarga.

Namun pendapat yg mengatakan anak perempuan langsung tidak mempunyai tanggungjawab terhadap ibu bapa selepas berkahwin adalah salah sama sekali. Cuba bayangkan jika ibu bapa itu mempunyai 6 orang anak dan kesemuanya adalah perempuan adakah penat lelah selama mereka membesarkan anak-anaknya langsung tidak akan dihargai anak-anaknya selepas anak-anak tersebut berumah tangga? Ini adalah sesuatu yang tidak adil memandangkan mereka tidak merancang untuk mempunyai anak perempuan semuanya.

Di zaman sekarang telah berubah, semua perempuan telah berkerjaya, seharusnya kedua-duanya anak lelaki dan perempuan sama-sama membantu untuk menyara kedua ibu bapa mereka yang telah tua sebagaimana kedua ibu dan bapa telah menyara mereka semuanya.
Walaubagaimana pun sebelum apa-apa bantuan yang ingin diberikan, isteri perlulah meminta keizinan dan redha daripada suami, sesungguhnya seorang suami yang Mukmin tidak akan menghalang sekiranya isterinya ingin membantu dan memberi khidmat kepada kedua ibu bapanya yang memerlukannya. Isteri perlu faham bahawa redha Allah bergantung kepada redha suami tetapi bagi anak lelaki redha Allah bergantung pada redha ibu bapa.

Dalam Islam lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibu dan bapanya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua. Manakala seorang perempuan hanya perlu taat kepada suaminya.

Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tidak baik sedang suaminya membiarkan sahaja tidak menasihatinya maka dosanya ditanggung oleh suaminya.

Suami kena bagi nafkah pada isteri, sedangkan pendapatan isteri tidak perlu menanggung nafkah keluarga, walaubagaimana pun isteri boleh membantu meringankan beban suami.
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap empat wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya (yang belum berkahwin).
Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh empat orang lelaki iaitu suaminya, ayahnya (jika belum berkahwin), anak lelakinya dan saudara lelakinya.
Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yang disukainya cukup dengan empat syarat sahaja:
1. sembahyang lima waktu,
2. puasa di bulan Ramadhan,
3. taat suaminya dan
4. menjaga kehormatannya.
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah dan berdakwah dijalan Allah untuk mendapat redha Allah, tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah akan turut menerima pahala sama seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

Keruntuhan rumahtangga dan penceraian yang banyak berlaku di dalam masyarakat kita adalah berpunca daripada pasangan suami isteri yang tidak memahami hukum-hukum Islam. Mereka tidak memahami hak-hak sebagai suami atau isteri. Mereka meletakkan nilai kebendaan dan hawa nafsu dihadapan dan meninggalkan nilai iman dan taqwa sebagai nilai hidup mereka. Penceraian boleh berlaku hanya berpunca daripada perkara kecil yang boleh diselesaikan dengan mudah bila ada iman dan pemikiran yang resional.

Jika suami faham bahawa kesabaran, lemah lembut dan bertolak ansur itu adalah akhlak yang ditunjukkan Nabi s.a.w. ketika berada di dalam perselishan pendapat dengan isteri maka si suami akan mengutamakan akhlak ini kerana sungguh besar pahalanya disisi Allah s.w.t.Kerana cerai adalah perkara halal yang dibenci oleh Allah s.w.t. Elakkanlah penceraian jika masih ada jalan penyelesaian yang baik.

Dan juga kalaulah si isteri fahan bahawa betapa besarnya dosa derhaka kepada suami dan tidak akan dapat mencium bau Syurga, maka si isteri akan memilih untuk bersabar dan bertolak ansur semata-mata mencari redha Allah. Perlu diingat perasaan marah, keluarkan suara yang tinggi dihadapan suami, mengeluarkan kata-kata kesat dan ungkit mengungkit perkara lama adalah dari dorongan hawa nafsu dan bisikan syaitan. Syaitan memang suka perpecahan dikalangan keluarga Islam kerana dengan perpecahan ini banyak perkara-perkara negatif akan berlaku.

Kedua ibu bapa sama ada di pihak suami atau isteri perlulah menjadi penasihat dan pendamai yang baik bukannya menjadi batu api untuk merosakkan rumah tangga yang telah dibina. Ibu bapa yang menjadi pemusnah rumah tangga bahagia anak mereka sendiri adalah mereka-mereka yang melakukan dosa besar dan menempah tempat duduknya di Neraka, nauzubillah. Sebagai orang tua perlu bersikap positif dan proaktif dan tidak boleh menyebelahi mana-mana pihak jika berlaku perselisihan. Yang penting damaikanlah kerana sifat membantu dan memulihkan suasana tegang adalah sifat ibu bapa yang beriman dan bertaqwa.

Jumaat, Januari 13, 2012

ISLAM MELARANG..

Islam melarang keras perbuatan fitnah dan menyebar khabar angin dan golongan
penyebar maklumat palsu itu dijanjikan Allah azab yang amat pedih.Firman
Allah SWT bermaksud: “Sesungguhnya orang yang menghebahkan tuduhan buruk di
kalangan orang beriman, mereka akan beroleh azab seksa tidak terperi sakitnya di
dunia dan akhirat. Ingatlah Allah lebih mengetahui (segala perkara) sedang kamu
tidak mengetahuinya”. (Surah an-Nur, ayat 19).Rasulullah SAW bersabda
bermaksud: “Awasilah diri kamu daripada berburuk sangka kerana perbuatan itu
satu pembohongan besar. Janganlah mencari berita buruk, berhasad dengki,
bermasam muka dan marah, sebaliknya jadikanlah diri kamu bersaudara. (Riwayat
Bukhari & Muslim).Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Berhati-hatilah kamu terhadap hasad dengki kerana ia boleh merosakkan amal
kebaikan kamu seperti api memakan sekam.” (Riwayat Muslim).Allah telah memberi amaran
dalam surah al-Qalam ayat 10-12 bermaksud; "Dan janganlah kamu ikuti
setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina, Yang banyak mencela, yang kian ke
mari menghambur fitnah, Yang banyak menghalangi perbuatan baik, yang melampaui
batas lagi banyak dosa".

Khamis, Januari 05, 2012

Bila hati sudah letih....
Mencintai seseorang tidak semestinya kita memiliki dirinya. Oleh itu, sayangilah diri kita daripada disakiti oleh cinta kerana cinta tidak semestinya dapat membahagiakan kita.

Selasa, Disember 27, 2011

Buat lelaki yang bergelar suami....

Di saat anda melafazkan"aku terima nikahnya......", ingatlah :

~ isterimu itu perlu dikasihi, bukan dikasari
~ isterimu itu perlu disayangi, bukan disakiti
~ isterimu itu perlu dihargai, bukan dikhianati
~ isterimu itu perlu dihormati, bukan dipijak sesuka hati
~ isterimu itu perlu dilindungi, bukan dibelasah kalau tak puas hati
~ isterimu itu perlu dididik, bukan untuk ditengking herdik
~ isterimu itu perlu diingatkan tapi bukan dengan ugutan
~ isterimu itu AMANAH, bukan untuk disumpah seranah

berilah dia cinta yang ikhlas, dia akan berbakti kepadamu tanpa mohon dibalas
berilah dia kasih dan sayang, dia akan bersamamu di saat susah dan senang
berilah dia penghargaan, dia akan memberimu penghormatan
berilah dia bahagia , dia akan berusaha membuatkan kamu gembira
berilah dia hak yang sepatutnya, pasti rezekimu berganda-ganda
berilah dia DIDIKAN AGAMA, dia akan membawamu ke SYURGA

Wanita yang kamu nikahi itu..... lembut hatinya
janganlah keegoanmu menyebabkan isterimu berubah perilaku
andai kau menjaganya dengan penuh wibawa
dia akan bersamamu hingga ke hujung nyawa.....
berkahwin itu sunnah, mahligai kasih yang indah
ada waktu tergigit lidah......
mengadulah kepadaNya segala resah dan gundah
jangan jadikan isterimu tempat melepas segala masalah
diapun manusia biasa......rapuh dan lemah.......
Engkaulah penguatnya......tapi bila kau biarkan dia tanpa arah
tanpa bimbingan, tanpa didikan, yang kau tahu cuma memerintah
bagaimana dia dapat menjadi isteri yang setia?
sedang engkau terlalu ego untuk melihat ke dalam matanya
berkongsi segala duka dan lara dihatinya
akhirnya, jadilah dia isteri yang dendamnya sentiasa membara
kelak mahligaimu bertukar menjadi neraka dunia

Duhai lelaki ibarat mentari
jadilah dikau kekasih sejati, suami mithali
tawan hatinya dengan wibawa seorang menteri
didik isterimu seikhlas hati penuh berseni
pimpin tangannya, tunjukkan jalan yg diredhai
percayalah........dia kan taat berbakti seperti bidadari..................

Khamis, Mei 26, 2011

ANUGERAH TERINDAH

di riak tawamu
terdengar senandungmu
terlihat jelas di mataku
warna -warna indahmu

menatap langkahmu
meratapi kisah hidupmu
kulihat jelas bahwa hatimu
anugerah terindah yang pernah kumiliki

sifatmu kan selalu
tegar dalam sisiku
tepikan khilafku
dari bunga yang layu

saat kau di sisiku
kembali dunia teriak
tegaskan bahwa
kamu anugerah terindah yang pernah kumiliki

belai lembut jarimu
sejuk tatap wajahmu
hangat peluk janjimu [2x]
anugerah terindah yang pernah kumiliki

Rabu, April 06, 2011

Baca lah perlahan2 supaya kita faham apa maksudnya...bt diri ini juga...menitis airmata tika membacanya... Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan, Oh maafkan saya, saya tak perasan Katanya Maafkan saya juga, Saya tak nampak saudara Kami amat bersopan dan saling menghormati, Kami saling melambai sambil berlalu pergi, Tetapi di rumah lain pula ceritanya, Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda, Lewat petang, tika memasak makan malam, Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam, Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh, Jerkahku, Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku, Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku, Sedangku berbaring di katil mendengar musik, Terdengar suara halus datang membisik, "Bila bersama orang tak dikenali, Begitu bersopan dan merendah diri, Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci", " Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur, Kan kau temui bunga-bungaan berterabur", "Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu, Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan ungu", "Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu, Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu", Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali, Airmataku mencurah ibarat air di kali, Senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut di katil, "Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil" "Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak? Dia tersenyum, "Adik terjumpanya belakang rumah di semak" "Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu, ibu tentu suka terutama yang ungu, "Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini, Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini, Katanya,"Oh, ibu, itu tak mengapa, Saya tetap sayang ibu melebihi segalanya, Bisikku, "Anakku, ibu pun sayang kamu, dan ibu suka bunga itu, terutama yang ungu, Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini, syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti, dalam hanya beberapa hari? Tetapi keluarga yang kita tinggalkan, akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat. Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja, Melebihi keluarga kita, adalah merupakan suatu pelaburan yang tidak bijak Bukankah begitu? Jadi apakah maksud yang tersirat? Tahukah anda makna "FAMILY"? FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU " HARGAILAH KELUARGA ANDA "

Sedetik Lebih

Setiap nafas yang dihembus Setiap degupan jantung Aku selalu memikirkanmu Dalam sedar dibuai angan Dalam tidur dan khayalan Aku selalu memikirkanmu Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang Barulah terasa ku bernyawa Kasihku…ku amat mencintai kamu Kerana kau beri erti hidup Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan Ku bersyukur adanya kamu Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia Asal masih adanya kamu...

Jumaat, Mac 18, 2011

Penjagaan Pantang

Beruntunglah wanita yang mempunyai suami penyayang dan sanggup menguruskan kerja rumah ketika isteri berpantang. Bantuan suami bukan saja penting untuk kesihatan mindanya, tetapi dapat memberi peluang isteri berehat selepas menjalani satu tempoh tekanan yang panjang.

Tidak ramai tahu kehamilan memberi banyak tekanan kepada badan wanita. Malah, pada masa sama wanita juga boleh mengalami tekanan emosi.

Sedar atau tidak, kehamilan membawa banyak perubahan fizikal dan emosi kepada wanita. Selepas bersalin, ramai wanita lebih memberi tumpuan kepada bayi dan suami sehingga kadangkala ada yang lupa mengambil berat kesihatan diri sendiri.

Berpantang memberi peluang kepada wanita untuk berehat secukupnya kerana kehamilan boleh menyebabkan beberapa gangguan kepada fungsi asal badan. Ini sebabnya setiap pasangan disaran merancang keluarga yang bukan saja baik untuk bayi, bahkan demi kepentingan wanita sendiri.

Dr Ho berkata, jika dulu masalah sukar mengawal kencing hanya berlaku pada wanita yang banyak kali bersalin, terutama selepas berumur 40 tahun ke atas, kini semakin ramai wanita muda mengalaminya, walaupun baru ada seorang anak.

Kira-kira lima hingga 30 peratus wanita mengalaminya akibat bersalin secara normal, manakala 60 peratus lagi disebabkan proses penuaan, terutama selepas menopaus. Dianggarkan 11 peratus wanita berumur 70 tahun ke atas menjalani pembedahan akibat kejatuhan rahim atau masalah kencing tidak lawas.

Wanita boleh mengalami masalah sama ada kencing tidak lawas atau tidak dapat mengawal kencing. Ada kalanya kedua-dua masalah berlaku serentak akibat kelemahan otot pundi kencing, sekali gus memaksa wanita kerap pergi ke bilik air. Ia menyebabkan wanita terkencing sedikit setiap kali bersin, batuk atau cuba bangun selepas lama duduk.

Kekal sihat dan cantik
Dr Ho berkata, antara cara yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah sampingan akibat kejatuhan rahim ialah melalui senaman Kegel (kemut). Namun bukan semua wanita (walaupun berkahwin) tahu otot mana perlukan senaman ini.

Caranya mudah, iaitu dengan membuat kemutan ketika buang air kecil bagi menghentikan aliran air kencing. Otot ini yang perlu ‘dikuatkan’ semula. Setiap wanita disaran melakukan senaman kemut ini sebanyak 50 kali sehari sepanjang hayat.

Ia senaman mudah dan boleh dilakukan bila-bila masa tanpa diketahui orang lain. Malah, ia juga baik untuk diamalkan wanita mengandung untuk menguatkan otot vagina dan memudahkan proses bersalin.
“Ramai wanita mengadu mengalami masalah berat badan berlebihan selepas melahirkan anak. Tempoh berpantang adalah waktu terbaik untuk mengurangkan berat badan. Caranya mudah iaitu dengan hanya berjalan 20 hingga 30 minit sehari dan boleh dimulakan dua minggu selepas bersalin.

“Bagaimanapun, jangan berdiet kerana ibu dan bayi sama-sama memerlukan banyak khasiat pemakanan. Elakkan juga berdiri terlalu lama kerana kesan graviti menyumbang kepada masalah rahim jatuh,” katanya dalam ceramah kesihatan anjuran bersama Institut Pengurusan Wanita (WIM) dan Schering (M) Sdn Bhd.
Wanita selepas bersalin juga kerap mengalami masalah sakit pinggang atau belakang yang kadangkala berlanjutan sepanjang hayat. Mengamalkan postur (posisi) badan baik ketika duduk atau bekerja juga dapat mengelakkan masalah sakit belakang.

Selain itu, wanita berpantang juga diingatkan supaya tidak mengangkat benda berat. Katanya, benda paling berat yang boleh diangkat ialah bayi anda.

Senaman lain yang lebih lasak seperti berbasikal (statik atau bergerak) dan berenang hanya boleh dilakukan selepas enam bulan bersalin.

Namun paling penting ialah mengekalkan kesihatan minda dan emosi dengan merancang keluarga iaitu menjarakkan kehamilan antara dua hingga tiga tahun.

Kata Dr Ho, banyak masalah emosi dan minda berpunca daripada kehamilan yang tidak dikehendaki sehingga ada wanita nekad menggugurkan bayi, walaupun bersuami.

Pengguguran bukan cara merancang keluarga. Wanita yang menggugurkan anak berisiko tinggi mengalami pelbagai komplikasi seperti trauma emosi, keresahan, mengandung luar rahim, pendarahan berlebihan dan jangkitan.

Malah, pengguguran yang tidak dijalankan dengan berhati-hati boleh menyebabkan pendarahan berlebihan serta rahim berlubang. Lebih parah jika wanita berkenaan tidak dapat mengandung pada kemudian hari yang akan menyebabkannya diburu rasa bersalah sepanjang hayat.

Rabu, Februari 23, 2011

KHASIAT AYAT KURSI

Mahfum ayat:
Allah, tidak ada yang benar disembah hanya Dia yang Hidup dan Maha Kaya, tidak pernah ditimpa mengantuk dan tidak pernah tidor, bagin Nya sesuatu yang ada di langit dan di bumi, tidak ada yag boleh memberi syafaat kecuali denga izin Nya. Ia maha mengetahui segala apa yang terjadi di hadapan mereka dan dibelakang mereka. Tidaklah mereka meliputi ilmunya sedikit jua kecuali yang dikehendakki Nya. Lebih luas kerusinya dari langit dan bumi. Tidak susah bagi Nya memelihara keduanya. Ia maha Tinggi dan maha Besar.
Penjelasan:

Ayat Kursi diturunkan pada suatu malam selepas Hijrah. Menurut riwayat, ketika ayat kursi diturunkan disertai dengan beribu-ribu malaikat sebagai penghantarnya, kerana kebesaran dan kemuliaannya.
Syaitan dan Iblis menjadi gempar kerana adanya suatu alamat yang menjadi perintang dalam perjuangan nya.
Rasulallah s.a.w segera memerintah kepada penulis alQuran iaitu Zaid bin Thabit agar segera menulisnya dan menyebarkannya.

Ada terdapat sembilan puluh lima buah hadis yang menjelaskan fazilat Ayat Kursi. Sebabnya ayat ini disebut ayat KURSI kerana di dalam nya terdapat perkataan KURSI, ertinya tempat duduk yang megah lagi yang mempunyai martabat.

Perlu di ingat, bukan yang di maksudkan dengan KURSI ini tempat duduk tuhan, tetapi adalah KURSI itu syiar atas kebesaran Tuhan.

Khasiat Ayat Kursi:
1. Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan istikamah setiap kali selesai sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali masuk kerumah atau kepasar, setiap kali masuk ke tempat tidur dan musafir, insyaallah akan diamankan dari godaan syaitan dan kejahatan raja-raja (pemerintah) yang kejam, diselamatkan dari kejahatan manusia dan kejahatan binatang yang memudharatkan. Terpelihara dirinya dann keluarganya, anak-anak nya, hartanya, rumahnya dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.

2. Terdapat keterangan dalam kitab Assarul Mufidah, barang siapa yang mengamalkan membaca ayat kursi, setiap kali membaca sebanyak 18 kali, inyaallah ia akan hidup berjiwa tauhid, dibukakan dada dengan berbagai hikmat, dimudahkan rezekinya, dinaikkan martabatnya, diberikan kepadanya pengaruh sehingga orang selalu segan kepadanya, diperlihara dari segala bencana dengan izin Allah s.w.d.

3. Salah seorang ulama Hindi mendengar dari salah seorang guru besarnya dari Abi Lababah r.a, membaca ayat Kursi sebanyak anggota sujud (7 kali) setiap hari ada benteng pertahanan Rasulallah s.a.w.

4. Syeikh Abul ‘Abas alBunni menerangkan: “Sesiapa membaca ayat Kursi sebanyak hitungan kata-katanya (50 kali), di tiupkan pada air hujan kemudian diminumnya, maka inysyaallah tuhan mencerdaskan akalnya dan memudahkan faham pada pelajaran yang dipelajari.

5. Sesiapa yang membaca ayat Kursi selepas sembahyang fardhu, Tuhan akan mengampunkan dosanya. Sesiapa yang membacanya ketika hendak tidur, terpelihara dari gangguan syaitan, dan sesiapa yang membacanya ketika ia marah, maka akan hilang rasa marahnya.

6. Syeikh alBuni menerangkan: Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak hitungan hurufnya (170 huruf), maka insyaallah, Tuhan akan memberi pertolongan dalam segala hal dan menunaikan segala hajatnya, dam melapangkan fikiranyan, diluluskan rezekinya, dihilangkan kedukaannya dan diberikan apa yang dituntutnya.

7. Barang siapa membaca ayat Kursi ketika hendak tidur, maka Tuhan mewakilkan dua malaikat yang menjaga selama tidurnya sampai pagi.

8. Abdurahman bin Auf menerangkan bahawa, ia apabila masuk kerumahnya dibaca ayat Kursi pada empat penjuru rumahnya dan mengharapkan dengan itu menjadi penjaga dan pelindung syaitan.

9. Syeikh Buni menerangkan: sesiapa yang takut terhadap serangan musuh hendaklah ia membuat garis lingkaran denga nisyarat nafas sambil membaca ayat Kuris. Kemudian ia masuk bersama jamaahnya kedalam garis lingkaran tersebut menghadap kearah musuh, sambil membaca ayat Kursi sebayak 50 kali, atau sebanayk 170 kali, insyaallah musuh tidak akan melihatnya dan tidak akan memudharatkannya.

10. Syeikul Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menerangkan bahawa; sesiapa yang membaca ayat Kursi sebayak 1000 kali dalam sehari semalam selama 40 hari, maka demi Allah, demi Rasul, demi alQuran yang mulia, Tuhan akan membukakan baginya pandangan rohani, dihasilkan yang dimaksud dan diberi pengaruh kepada manusia. (dari kitab Khawasul Qur’an)

Kenangan d Nilai 7 March 2009 ilham : zulhelmy



Danish: Apa kita nak buat ni danial.......

Danial: Kita gi sana nak? Follow me....
Danish: I followwwww....


Danial: Alamak,banyak kain je la...mcm mana ni...tempat mak2 bolehh aaaa....

Danish: Abg ada idea...kau ikut jeee...



Danish:Kita tenang2kan fikiran dulu.....letak kepala adik kat sini...hahahhaah


Danial: Biar betul bro,baik kat sana tuu....

Danial: Bro2 nak tahu.......biasa lah baya2 aku ni buat mcm ni x lah nampak sangat...gelinya,hahahahaa

Danial:aarggghhhh.......

Danish:Danial mama kata jgn buat mcm ni,benda lain boleh mkn,benda ni x bolehhhh.....mamaaaaaaa tgk danial ni.....kotorlah adikkkk....

Tip untuk menjadi suami yang dikagumi

Sebagai lelaki, pernahkah terfikir untuk menjadikan diri sebagai orang dikagumi?Bukan saja memiliki perawakan menarik tetapi hadir dalam satu pakej yang penuh kesempurnaan sehingga menjadi teladan kepada semua - disayangi isteri, dihormati anak-anak, disanjung keluarga dan sekali gus berjaya dalam kehidupan dunia akhirat?Kalaulah anda belum berpunya, pasti ramai yang bakal menjadi pemujanya. Namun berusahalah menjadi lelaki yang sempurna dan cuba memenuhi apa yang diinginkan wanita. Jika anda mengidam mendapat pasangan yang memenuhi segalanya, tidak salah sekiranya mencuba untuk menjadi lelaki yang sesempurna mungkin.Berikut adalah petua bagaimana hendak memenuhi aspirasi berkenaan dan anda mungkin mampu memenuhinya jika piawaian yang anda ada menepati apa yang dicari golongan hawa..Pastinya jika ciri itu ada pada diri anda, tentunya anda lelaki paling bahagia di dunia ini kerana mampu memenuhi kehendak masyarakat, agama dan meletakkan kesempurnaan diri pada tahap yang sewajarnya.Marilah kita selidiki kalau ciri-ciri atau petua yang dititipkan ini ada pada diri anda atau sememangnya ia sifat semula jadi anda.

1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa mengenai hal ini.

2. Jika sudah mendirikan rumah tangga, bersyukur kerana mempunyai pasangan. Yakinlah isteri anda pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

3. Suami € ¦’¸mithali" menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh ibanggakan isteri anda.

4. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari.Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari?

5. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

6. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

7. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

8. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakkan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunnah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

11. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunnah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan membahagiakan pasangan anda.

12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan, mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri. Mana adil ?

14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan peringatan secara hikmah.Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.

15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.

16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan, kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera.

17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.

18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.

19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang membeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana?

20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.

22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

23. Gunakan Nabi Muhammad s.a.w sebagai € ¦’¸role model". Hidupkan amalan sunnah alam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.

25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon atau SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.

26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga, tidak pernah sengsara serta berteraskan iman dan takwa.

27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.

28. Pamer keprihatinan yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut diberikan kepada keluarga.

29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja. Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.

Selasa, Februari 08, 2011

Sesudah merintis kekecewaan yang berulang-ulang, ternyata kita kini diasah oleh keadaan menjadi seorang manusia yang mulai berputus asa. Walhal selagi kita yakin pada 'Qada dan Qadar Allah', kita akan menemui hikmah di sebalik semua yang telah kita tempuhi. Sesungguhnya apabila kita sering teruji dan terduga dengan kepahitan bermakna kita berada dalam kasih sayang yang Maha Esa, hanya kita sebagai manusia sering meringankan hakikat itu.

Jumaat, Januari 21, 2011

Dimana teman untuk melalui
Dimana teman untuk berbagi suka duka dihati

Dimana bayangan untuk mengikuti
Dimana mentari untuk menerangi

Dimana air untuk menyirami
Dimana pohon untuk meneduhi

Dimana pagi setelah gelap hari
Dimana tempat untuk kudiami

Dimana senyuman penyenang hati
Dimana hati untuk disayangi

Dimanakah bahagia untuk kucari
Mengharapkan kau tetap disisi
Hingga kelak kujadikan seorang teman hingga ke mati

Rabu, Januari 19, 2011

Asma atau Lelah - Penyebab, Tahap Keterukkan dan Faktor Risiko

Asma adalah sejenis penyakit saluran penafasan yang kronik yang melibatkan saluran udara yang membawa udara masuk dan keluar dari paru-paru. Ia menyebabkan kekejangan dada dan sesak nafas yang dikenali sebagai 'serangan atau episod asma'. Penyakit ini boleh membawa maut jika tidak dirawat atau dikawal dengan baik.Bagi penyakit asma, saluran udara yang mengalami keradangan adalah sangat sensitif bila terdedah kepada pelbagai ransangan atau "pencetus". Ia akan menjadi sempit, menyebabkan kesukaran untuk bernafas. Terdapat dua jenis asma: asma alahan dan bukan alahan. Seseorang itu berkemungkinan untuk mempunyai kedua-dua jenis asma ini.

Keterukan Asma:
Bagi serangan yang ringan dan berterusan, gejalanya muncul lebih dari dua kali dalam seminggu, tetapi bukan setiap hari
Bagi serangan yang sederhana, individu yang terlibat akan mengalami gejala asma setiap hari.
Bagi serangan yang teruk, pesakit mempamerkan gejala yang berterusan dan kerap.

Penyebab:
Asma alahan disebabkan oleh alergen (pencetus alergi). Alergen ini biasanya mencetus gejala asma sewaktu penghidap asma bernafas. Saluran udara yang begitu sensitif akan mengalami pencerutan apabila alergen memasuki sistem penafasan melalui hidung.
Debunga, kulat dan hama adalah di antara alergen yang selalu hadir di udara. Kadangkala seseorang yang alah atau alergik boleh mendapat serangan asma apabila tertelan alergen. Contohnya seperti perisa makanan dan ubat-ubatan.
Untuk asma yang bukan alahan, pencetusnya tidak ada kaitannya dengan alahan tetapi masih mampu menimbulkan perubahan pada laluan udara sebagaimana tindakan alergen.

Contoh-contoh pencetus bukan alergen ialah:
Agen Bawaan Udara - sebatian yang bercampur dengan udara seperti wasap dan wap dan asap. Agen atau bahan yang yang boleh mencetus gejala asma ini boleh wujud di dalam dan di luar rumah. Satu contoh bahan yang boleh wujud di luar rumah ialah gas karbon monoksida dari asap kenderaan. Contoh-contoh bahan bawaan udara yang wujud di dalam rumah termasuklah asap dari dapur dan wap dari cat aerosol.
Jangkitan pada sistem penafasan - terutamanya demam dan selsema. Kuman-kuman virus akan menyerang pengalas saluran udara dengan merangsang hujungan saraf menyebabkan otot yang menyelaputi saluran udara semakin tercerut. Senaman dan juga lain-lain aktiviti fizikal mampu menyebabkan pesakit asma terpaksa bernafas dengan lebih cepat. Sesetengah individu menghidap asma yang teraruh oleh senaman. Ini bermaksud, mereka hanya mengalami gejala asma ketika bersenam.
Udara yang sejuk atau perubahan cuaca boleh mencetus asma kerana otot di sekitar saluran udara akan mengalami pencerutan sebagai tindakbalas terhadap suhu udara.
Emosi dan stres juga mampu mempengaruhi kekerapan dan keterukan asma. Desakan udara yang melalui saluran udara ketika marah dan resah mampu mencetuskan asma.

Faktor - Faktor Risiko :
Faktor-faktor risiko asma adalah terdiri daripada faktor-faktor yang boleh menyebabkan keradangan pada saluran udara. Bagi mereka yang mengalami keradangan saluran udara sangat sensitif terhadap pencetus asma.Pencemaran udaraMereka yang mudah terdedah kepada pencemaran udara mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit ini. Ini termasuklah mereka yang tinggal di kawasan bandar, tinggal bersama-sama perokok dan yang bekerja di persekitaran yang tercemar. Udara yang tercemar mengandungi pelbagai pencetus asma seperti asap dan wasap. Biasanya, ibubapa yang mengidap Asma mempunyai 6 kali ganda risiko untuk memperolehi anak yang menghidap asma.Bayi pra matangBayi pramatang juga memiliki risiko yang tinggi untuk menghidap Asma apabila umur mereka meningkat kelak. Ini kerana, sewaktu mereka dilahirkan, sistem respirasi mereka masih belum matang dan masih belum mampu berfungsi sepenuhnya.

Golongan ini mudah menghidap Asma kerana mereka menghadapi masalah untuk menyedut dan menghembus udara keluar dari paru-paru.MerokokRokok mengandungi asap tembakau. Asap tembakau mengandungi pelbagai sebatian kimia yang boleh menyebabkan berlakunya keradangan pada saluran udara dan seterusnya menyebabkan asma.

Isnin, Januari 10, 2011


benar-benar bersediakah lelaki apa bila menyatakan hasrat utk berkahwin lain?tidak penah ke terlintas di fikiran apa akan berlaku apabila lafaz itu telah disuarakan pada isteri...umpama tak punya hati dan perasaan...itulah dia lelaki...mudah melafazkan kata2 yg menguris hati isteri...apapun semoga lelaki2 di dunia akan sedar bukan mudah utk berkahwin lain seperti apa yang dibayangkan..

Isnin, Januari 03, 2011

HATI YANG TERLUKA - BROERY MARANTIKA


Kan kucari jalan yang sunyi
Untuk menghindar diri darimu
Kuberjanji di dalam hati
Takkan lagi ku menjumpaimu

Di tengahnya kabut bermandi embun pagi
Dingin membuat hatiku membeku

Kau yang telah membuat luka di hatiku
Kau yang telah membuat janji-janji palsu
Kau yang selama ini aku sayangi
Kau merubah cintaku jadi benci

Selasa, Disember 28, 2010



Sekali air sungai melimpah

Sekali pasirnya pun berubah

Itulah falsafah yang menjadi ikutan

Dan juga bualan..


Tapi bagiku pula berbeza

Sungai mengalir tetap berliku

Yang berubah cuma adalah pasir saja

Penghujungnya muara..


Hati ingin berbicara

Hati ingin merasai

nikmat cinta yang sering diperkata

Tetapi sebaliknya tiada terlaksana


Dahan yang patah tiada bersambung lagi

Hatiku pasrah dalam mencari mimpi

Cekal hatiku serta kapayahanku

Hanya kau saja sudi memahaminya..


Setia ku kini hanya satu

Dan kasihku bukanlah beribu

Biar bercerai badan,jasad ataupun nyawa

Aku tetap setia..

Khamis, Disember 23, 2010

Asma dan Kehamilan

Selama masa kehamilan, calon ibu memang sebaiknya menghindari obat-obatan. Tapi lain ceritanya jika anda seorang penderita asma yang sedang menjalani pengobatan dan ternyata juga tengah berbadan dua. Jangan coba-coba menghentikan pengobatan tanpa berkonsultasi lebih dahulu dengan dokter anda. Sebab jika anda stop minum obat, lalu tiba-tiba asma anda kambuh, akan berbahaya bagi si jabang bayi. Mengapa?
Karena ketika anda kekurangan oksigen maka kadar oksigen yang dipasok ke bayi anda melalui tali plasenta pun akan berkurang. Oleh karena itu, selain mengkonsumsi obat yang diresepkan oleh dokter, anda sebaiknya juga mencegah kambuhnya asma.


Jauhi faktor-faktor pemicu asma.Umumnya asma adalah manifestasi dari alergi, sehingga untuk mencegah asma hindarilah alergen (zat atau bahan yang menimbulkan reaksi alergi). Yang termasuk alergen antara lain, dingin, tungau rumah, debu, stress, dan makanan (coklat, misalnya).

Jauhi asap rokok, apalagi merokok.Asap rokok dan merokok juga dapat memicu asma. Lagipula, selain memicu asma, merokok akan meningkatkan resiko kelahiran prematur, bayi lahir dengan berat badan rendah, bayi lahir mati dan SIDS (Sudden Infant Death Syndrom) atau sindroma kematian bayi secara mendadak.Penelitian di Australia pada akhir tahun 90-an menunjukkan bahwa sekitar 30 % ibu hamil dan penderita asma justru gejala asmanya membaik, 50% tidak ada perubahan dari kondisi sebelum hamil, dan hanya 20% yang asmanya memburuk. Pada tahun 2004 lalu, tim peneliti dari John Hunter Hospital di Newcastle menemukan bahwa jenis kelamin bayi yang sedang dikandung berpengaruh terhadap reaksi asma yang diidap si ibu. Para calon ibu yang mengandung bayi laki-laki cenderung membaik gejala asmanya, sedangkan calon ibu yang mengandung bayi perempuan cenderung bereaksi sebaliknya.

Oleh sebab itu, wanita penderita asma yang sedang hamil (atau berencana untuk hamil) sebaiknya sesegera mungkin berkonsultasi dengan dokternya untuk melakukan manajemen asma. Pada umumnya obat-obatan untuk asma aman bagi kehamilan, meskipun demikian anda tetap harus memastikannya melalui dokter anda. Gejala asma pada umumnya akan memburuk ketika kehamilan berusia 24 hingga 36 minggu, tetapi biasanya akan membaik pada minggu-minggu terakhir kehamilan. Mungkin disebabkan oleh posisi bayi yang mulai turun sehingga mengurangi tekanan pada paru-paru. Jadi ibu hamil penderita asma bisa melahirkan dengan normal. Selama menjalani pengobatan, ibu penderita asma juga aman untuk memberikan ASI kepada bayinya karena hanya sedikit sekali kadar obat-obatan itu yang masuk ke tubuh bayi melalui ASI. Justru sebaiknya, jika anda mengidap asma berikanlah ASI kepada bayi anda selama mungkin karena ASI (terutama ASI eksklusif) dapat menghambat terpicunya alergi pada anak anda.

Isnin, Disember 20, 2010

Mengapai Impian

Semua orang mempunyai cita-cita tapi kebanyakannya tidak berjaya. Mengapa orang yang bercita-cita besar tidak maju-maju? Mengapa langkah kita tersangkut? Apa yang membuat kita gagal? Kita terus berfikir positif, terus memotivasi diri mereka tapi kita tidak kemana-mana …

Ini dia masalahnya:
1. Terlalu lama berfikir tanpa sebarang langkah ternyata tidak akan membawa kita kemana pun. Semua ada risiko, cepatlah memutuskannya, setiap keputusan pasti ada risiko dan risiko tersebut harus kita terima. Tempuhilah semua tanpa penyesalan!
Atau jadikan cita-cita kita itu hanya sekadar angan-angan kosong dan esok bersambung angan-angan tadi dan terus menjadi angan-angan yang panjang.

2. Kita mesti sedar kewujudan kita di bumi ini hanya sementara, terlalu banyak perancangan baik yang tidak tercapai hanya kerana kita tidak menetapkan timeline dalam perancangan kita. Kita terus menunda, sementara waktu terus berjalan. Beberapa kali kita terus berdalih: “Belum waktunya, harus bersabar, perancangan belum cukup, belum dapat gerak hati dari Allah”

3. Malas dan suka menunda adalah penyakit yang negatif. Kejayaan tidak datang dengan bergolek, mesti ada usaha! Apa pun silalah menunda, 5 tahun dari sekarang anda akan masih tetap sama dengan sekarang ini.

4. Kita memerlukan orang-orang yang tepat untuk maju. Kadang-kadang kita tidak boleh menjadi maksimum dalam persekitaran yang tidak boleh membuat kita menjadi maksimum. Terlalu lama berendam di kolam yang kecil membuat kita jadi lembik dan terus merasa puas kerana menjadi yang cukup di pertandingan di kolam kecil itu. Kita harus keluar dan melihat keluar, lihat dan tataplah lautan luas! Masih banyak ikan yang lebih besar dari kita, rasa puas yang kita miliki adalah kepuasan sementara!

5. Jauhi dan buang semua halangan. Ada banyak halangan untuk maju, seperti orang-orang yang tidak tepat, kesenangan sekejap, kegiatan yang tidak berguna, semua perkara yang mengganggu konsentrasi, semua perkara yang mengganggu dalam berfikir. Lebih baik dihilangkan, karena what lies ahead is bigger than you ever expected when you have a strong will! Too much useless things will kill your time, when you kill your time, no result, no outcome, you are going no where.

6. Tidak suka belajar anda akan tetap menjadi orang yang “cukuplah ni”. Overestimating yourself surely ruins you. Underestimating yourself won’t unleash the real you! Maka galakkan anda sampai ke titik maksimum anda, maka anda akan tahu sampai dimana dan apa yang mampu anda lakukan.

7. Teori selalu berbeza dengan realiti, jangan panik apabila anda menemui banyak perbezaan. Jangan pernah berfikir semua orang itu baik, bahkan banyak sekali orang yang pasang topeng senyum sementara memegang pisau di balik baju mereka.

Demikian juga dengan prosedur kehidupan, orang lebih suka dengan para manusia yang suka dan pandai bercakap, serta pengampu berbanding orang yang suka berterus terang. Kerana kata-kata manis lebih di dengar berbanding kenyataan.

Apa yang anda inginkan? Apakah yang ingin anda capai? Apapun itu, anda akan terus berkata: “the best is yet to come.” Beberapa orang berkata seperti itu kerana hanya menggembirakan diri akibat dari “the best is never come in your life”.

Berharap hari esok lebih baik dari hari ini, well that’s good. Tetapi, hari esok tidak akan menjadi lebih baik dari hari ini bila anda tidak mengambil tindakan pada hari ini untuk berubah dan mencapai apa yang anda impikan.
Jika anda mahukan sekarang, kita mesti mulakan langkah sekarang,berubah sekarang.
Progress semestinya jelas dan realistik. Kalau tidak ada progress yang nampak, ertinya anda TIDAK ke mana-mana!

Perancangan yang baik, tidak akan dan tidak mungkin menjadi kenyataan tanpa tindakan nyata. The Power of NOW! Now or NEVER

Khamis, Disember 02, 2010

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
And theres a couple words I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever
I`ll be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together in jannah
Now I find myself so strong
Everything was changed when you came along
And theres a couple word I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever
I`ll be there for you

I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me
I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that
I`ll love you eternally

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever
I`ll be there for you

I know that deep in my heart
Di hati kulakarkan sebuah impian
Yang aku namakan harapan
Apabila kutentukan arah serta tujuan
Rela kuhadapi cabaran

Jalan ke puncak itu beronak dan berliku
Menyukarkan pendakianku
Namun tetap kugagahi hati yang rapuh ini
Demi hasrat yang suci

Aku sangkakan harapan selembut impian
Yang menguliti tidur insan
Kiranya kehidupan tidak sedemikian
Goyah hatiku oleh kenyataan

Tak harus kuturuti kelemahan diri
Tak daya bertahan diuji
Lalu aku mengumpulkan semula kekuatan
Berlandaskan keimanan...

Rabu, November 03, 2010

DIALAH KESAYANGANKU...

PENGHIBUR HATI...