Jumaat, Januari 13, 2012

ISLAM MELARANG..

Islam melarang keras perbuatan fitnah dan menyebar khabar angin dan golongan
penyebar maklumat palsu itu dijanjikan Allah azab yang amat pedih.Firman
Allah SWT bermaksud: “Sesungguhnya orang yang menghebahkan tuduhan buruk di
kalangan orang beriman, mereka akan beroleh azab seksa tidak terperi sakitnya di
dunia dan akhirat. Ingatlah Allah lebih mengetahui (segala perkara) sedang kamu
tidak mengetahuinya”. (Surah an-Nur, ayat 19).Rasulullah SAW bersabda
bermaksud: “Awasilah diri kamu daripada berburuk sangka kerana perbuatan itu
satu pembohongan besar. Janganlah mencari berita buruk, berhasad dengki,
bermasam muka dan marah, sebaliknya jadikanlah diri kamu bersaudara. (Riwayat
Bukhari & Muslim).Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Berhati-hatilah kamu terhadap hasad dengki kerana ia boleh merosakkan amal
kebaikan kamu seperti api memakan sekam.” (Riwayat Muslim).Allah telah memberi amaran
dalam surah al-Qalam ayat 10-12 bermaksud; "Dan janganlah kamu ikuti
setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina, Yang banyak mencela, yang kian ke
mari menghambur fitnah, Yang banyak menghalangi perbuatan baik, yang melampaui
batas lagi banyak dosa".