Jumaat, Mac 26, 2010

Mencari Kebahagian...

Allah Ta'ala menyatukan dua insan ; suami dan isteri dengan kasih sayangNya. Nur KasihNya melimpahi hati mereka dan menjadi ikatan yang kukuh menimbulkan keamanan dan ketenteraman jiwa.Keamanan, ketenteraman dan kebahagiaan jiwa ini perlu kepada penjagaan berterusan supaya ianya terpelihara sehingga ke akhir hayat mereka.

Dengan penjagaan ini mereka akan dapat menyebarkan kasih Ilahi kepada anak2 dan masyakarat manusia demi kebahgiaan dan kemenangan dunia akhirat, kembali kepada matlamat penciptaan Insan.Sesungguhnya Allah Ta'ala menjadikan makhlukNya dari sifat KasihNya. Dan menjadikan setiap insan hasil dari cinta kasih ibubapa mereka. Inilah sebahagian tanda kebesaran Allah Ta'ala.Firman Allah Ta'ala:Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan Kekuasaannya dan RahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.(Ar-Rum :21)

Semua pasangan yang mendirikan rumahtangga ingin hidup dalam kemesraan dan mencapai kebahagian. Mereka mengharapkan keamanan dan ketenangan didalam hidup. Mereka mengharapkan kasih sayang berpanjangan hingga akhir hayat mereka.Dalam kenyataan hidup semua yang di sangka indah pada bayangan dan khayalan adakalanya hanya kunjung sementara Kemanisan, kelazatan dan keseronokan yang dirasai pada awal perkahwinan makin pudar, kendur dan adakalanya hilang terus dari ruang kehidupan. Ada yang terpaksa merendam airmata. Sebahagian lain porak-poranda dan bercerai-berai.

Namun tidak kurang juga pasangan suami isteri terus mengecapi kebahagiaan dan kasih sayang berpanjangan walaupun kadangkala terpaksa berhadapan dengan berbagai ujian dan pancaroba hidup zaman yang serba maju. Kapal yang belayar disamudera luas sesekali akan terkena pukulan ombak dan taufan yang tidak terduga. Permulaan yang baik dan ketahanan kapal yang dikemudi dengan baik oleh Nakhodanya yang baik akan selamat membawanya ke pantai bahagia dengan izin Allah.