Aku tidak BERHARAP untuk menjadi orang yang TERPENTING dalam hidupmu kerana itu merupakan permintaan yang terlalu besar dariku..aku hanya berharap suatu saat nanti jika dikau melihatku...dikau akan TERSENYUM dan berkata: "Dialah orang yang setiap saat menyayangiku"...
Selasa, September 21, 2010
Ku datang mencari mu
Yang berselindung dalam bayangan
Ternyatalah kealpaan
Menjadi duri dalam jiwa ku
Semakin jauh menyusur matahari
Semakin jauh aku hilang arah tuju ku
Tidak ku sangka yang terang akan silau
Meskipun intan bayangnya
Jiwa tak berjawab
Biarpun gelap malam
Mata terpejam hati ku tenang
Kekusutan ansur pulang
Bersama bayang siang semalam
Baru ku tahu ertinya
Sakit yang mencengkam dada
Malam yang sesepi itu
Pembuka jalan selebar dunia
Isnin, September 06, 2010
Pesanan
1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.
2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..
4.Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak.
5. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.
6. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.
7. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.
8. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.
9. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.
10. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.
11. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.
12. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?
13. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.
14. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.
15. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?
16. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nanti, siapa yang kena jaga awak?
17. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.
18. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.
19. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.
20. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali
21. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.
Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”

Isnin, Ogos 02, 2010
Tidur Dengan Bantal Lengan...(Good Info)
Tidur Berbantalkan Dengan Lengan Suami .........Dari bancian ke atas 10 ribu pasangan yang berkahwin (sumber kajian MOHEMA -) hanya kira-kira 45% sahaja isteri yang tidur berbantalkan lengan suami selepas 3 tahun berkahwin. Dan hanya tinggal 21.7% sahaja isteri yang masih tidur berbantalkan lengan suami selepas 10 tahun usia perkahwinan.Tahukah kaum isteri, bahawa hormon bau phero yang di rembes dari ketiak lelaki/suami boleh mengaktifkan hormon wanita/isteri hingga mereka merasa damai dan tenang.
Sebenarnya hampir 65% bau badan lelaki/suami datang dari celahan ketiak dimana kelenjar phero paling aktif.
Jadi para isteri semua, ketepikanlah bantal-bantal anda, tidurlah di atas lengan suami hingga ke pagi, hampirkan hidung di celahan ketiaknya, tidak di nafikan anda akan peroleh pengalaman yang cukup rilex dan tenang, ianya tanda bahawa bau phero suami anda sedang bertindak balas dengan kelenjar hormon anda. (pengalaman ini hanya perempuan sahaja yang tahu bertapa asyik dan rilexnya)..FAKTA....sirius....Dan dari kajian itu juga menyatakan isteri yang tidur di atas lengan suami akan tidur lebih lena dan mencapai tahap 7 hingga 8 dalam tahap lena tidur.Dan peringatan untuk lelaki/suami, jangalah shave ketiak anda togel, biarkan sedikit atau trim sikit aje bulu-bulu itu yang merupakan ejen penyebar bau phero yang di senangi wanita.so pada isteri-isteri semua, anda semua praktikan ke tidur atas lengan suami?
Selasa, Julai 27, 2010
Bertuturlah cinta mengucap satu nama
Seindah goresan sabda-Mu dalam kitab ku
Cinta yang bertasbih mengutus hati ini
Ku sandarkan hidup dan matiku pada-Mu
Bisikkan doaku dalam butiran tasbih
Ku panjatkan pintaku pada Maha Cinta
Sudah diubun-ubun cinta mengusik rasa
Tak bisa ku paksa walau hatiku menjerit
Ketika cinta bertasbih nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud syukur pada-Mu atas segala cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud syukur pada-Mu atas segala cinta
Ketika cinta bertasbih

Isnin, Jun 28, 2010
Sakit Kepala
Semua orang pasti mengalami sakit kepala, sama ada lelaki ataupun wanita, kecil mahupun dewasa. Bagaimanapun kita selalu memandang ringan sakit kepala dan tanpa disedari penyakit ini boleh mendedahkan seseorang kepada kematian.
Migrain, sakit kepala paling kerap dialami seseorang. Antara simptom migrain ialah sakit kepala yang berdenyut-denyut, muntah-muntah dan pitam. Bagaimanapun, migrain tidak mendedahkan seseorang kepada maut kerana keadaan yang dialami masih mampu dirawat dengan sempurna dan boleh dielakkan. Faktor keturunan turut menjadi punca migrain di kalangan individu tetapi penyakit ini boleh dicegah dengan mengelakkan faktor penyebabnya.
PUNCA-PUNCA SAKIT KEPALA
Ketegangan
Keadaan ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, terutamanya lelaki. Mereka yang tidak bijak mengurus dan mengendalikan masalah sendiri terdedah kepada sakit kepala jenis ini.
Pengambilan ubat-ubatan
Mengambil ubat tertentu untuk meredakan kesakitan boleh mendedahkan seseorang kepada sakit kepala. Pengambilan makanan yang mengandungi bahan monosodium glutamate atau MSG, kafein dan alkohol boleh menyebabkan sakit kepala.
Penyakit Metabolik
Kekurangan gula di dalam tubuh, kurang darah, kegagalan fungsi ginjal dan hati boleh menyebabkan sakit kepala.
Kecederaan kepala
Kecederaan kepala disebabkan kemalangan atau kecederaan yang serius boleh menyebabkan pendarahan di dalam otak. Pesakit perlu menjalani skan otak untuk rawatan lanjutan.
Inflamasi salur darah di kepala dan otak
Keadaan seumpama ini terdedah kepada wanita berusia 50 tahun ke atas. Sakit kepala yang dialami boleh menyebabkan mereka menjadi buta, muntah-muntah dan strok. Jika dikesan awal, mereka akan diberi ubat-ubatan steroid.
Infeksi di dalam tengkorak atau intrakranium
Keadaan ini berpunca daripada penyakit meningitis iaitu selaput otak berkuman dan ensefalitis iaitu inflamasi otak disebabkan jangkitan bakteria atau virus. Selalunya pesakit akan mengalami sakit kepala yang teruk dan demam. Antara simptom yang dialami ialah leher menjadi tegang, sawan dan koma. Pemeriksaan skan otak dan pengambilan cecair daripada tulang belakang perlu dijalankan. Mangsa hendaklah mendapat rawatan awal dan lazimnya ia berjaya disembuhkan melalui pemberian antibiotik.
PANDUAN UNTUK MEREDAKAN SERANGAN SAKIT KEPALA
Berehat seketika dengan berbaring.
Baring di atas katil dan pejamkan mata untuk tempoh kira-kira setengah jam
Elakkan terkena cahaya terang atau pancaran matahari.
Berehat dalam sebuah bilik yang gelap atau samar-samar kerana keadaan yang terang benderang boleh menambahkan ksakitan pada kepala.
Ketulan ais atau air sejuk boleh meredakan sakit kepala. Ambil sehelai tuala dan masukkan ketulan ais di dalam tuala kemudian lekapkan tuala pada mata untuk beberapa ketika.
Jika keadaan sejuk tidak mredakan, cuba gunakan air suam. Ambil sehelai tuala bersih dan basahkan dengan air suam kemudian lekapkan tuala pada mata selama kira-kira setengah jam.
Fikirkan perkara positif kerana sebahagian besar sakit kepala berpunca daripada tekanan perasaan dan gangguan.
dipetik dari laman web : PUSPANITA Cawangan Kecil SPA

Sabtu, Jun 12, 2010
Setiap emosi harus dijaga
Ketika hati terluka, hanya si empunya hati yang akan merasakan pedihnya. Sang plaku mungkin tidak sadar, mungkin juga sadar tapi tetap saja tak akan tahu seberapa dalam luka yang telah dibuatnya yang bahkan kata maaf dan penyesalan pun tak akan cukup untuk menyembuhkannya.
Ketika hati terluka, reaksinya bermacam- macam. Ada yang bereaksi secara destruktif, merusak diri sendiri dan orang lain, memadamkan nilai- nilai positif dirinya, mendendam dari ujung rambut sampai ujung kaki, benci bukan kepalang. Ada yang cuba elegan dalam menyikapinya, mencuba memaafkan walaupun susahnya setengah mati dan melanjutkan hidupnya dengan mengambil hikmah dari kejadian yang menjadi awal luka hati.
Disinilah akal sehat dipertarungkan dengan emosi jiwa. Siapa yang menang? Tergantung dari seberapa tinggi kualitas diri. Sang pelaku, hanya lalu hilang tak berbekas bagai pasir disapu angin. Dan dia pun melanjutkan hidupnya seperti biasa, seperti tak terjadi apa- apa.
Tapi goresan yang ditinggalkannya pada sebuah hati akan selalu berbekas. Seandainya setiap orang sedar menjaga diri untuk tak menyakiti hati sesiapa, damainya hidup ini. Sebab alangkah pedihnya luka yang dikarenakan sebuah goresan pada sebuah hati.

Jumaat, Jun 04, 2010
Jantina anak serah pada ketentuan ILAHI
Bolehkah kita mencampuri kerja Tuhan? Penganut agama Islam sewajarnya berpegang teguh pada rukun iman yang keenam iaitu percaya kepada qada dan qadar. Menerima apa sahaja ketentuan dan takdir yang telah ditetapkan menjadi kewajipan bagi setiap muslim.
Soal zuriat dan jantina anak bukan menjadi urusan kita namun sebagai manusia kita boleh merancang dan berusaha untuk mendapatkan apa yang diingini. Menurut Ustaz Mohd Ali Tuah, pensyarah Jabatan Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Allah SWT sudah menentukan jantina setiap anak sejak di luh mahfuz lagi.
"Semasa janin dalam rahim ibu berusia 120 hari, malaikat akan datang menulis rezeki, jantina, ajal, maut, jodoh, hidup bahagia atau tidak setiap hambanya mengikut ilmu Allah. Bagaimanapun ia boleh berubah jika orang itu berdoa dan berusaha apabila dia hidup kelak dengan keizinan Allah jua,” terangnya sambil menegaskan segala urusan kehidupan manusia sudah ditentukan dari A – Z sejak azali lagi.
Dalam soal merancang jantina anak, Ustaz Mohd Ali menegaskan sebarang rawatan menggunakan teknologi sains perubatan boleh dilakukan asalkan ia ada alasan yang mendesak (darurat) dan tidak bertentangan dengan ajaran Islam.
Menurutnya lagi, sebagai manusia kita digalakkan berusaha, berikhtiar dan berdoa jika mahukan sesuatu. Usaha berdoa terbahagi kepada dua iaitu doa qauliyyah (melalui perkataan) dan doa fi’liyyah (melalui perbuatan seperti pemakanan, pengambilan ubat atau herba dalam soal merancang jantina anak).
“Jika pasangan sudah memiliki ramai anak perempuan dan mahukan anak lelaki maka berusaha dan berdoalah pada Allah agar dikurniakan anak lelaki pula. Jika Allah perkenankan doa tersebut maka makbullah permintaannya.
Seperti mana kisah Maryam iaitu ketika dia berada dalam saat-saat genting selepas melahirkan anaknya Nabi Isa a.s. Tiba-tiba Nabi Isa bercakap “kau goncanglah pokok tamar, nescaya akan berguguranlah buah tamar itu.”
Maka Maryam yang keletihan selepas melahirkan berusaha dengan bersungguh-sungguh melakukannya. Dengan keizinan Allah, gugurlah buah tamar,” ceritanya memberikan salah satu contoh usaha ikhtiar yang dimakbulkan Allah.
Kita sepatutnya sentiasa bersangka baik dengan dugaan atau apa sahaja yang dikurniakan oleh Allah kepada kita. Setiap ibu bapa perlu ditekankan tentang keyakinan mengikut ilmu yang dipelajari. Sesungguhnya apa yang Allah SWT tentukan itu adalah lebih baik daripada apa yang kita harapkan.
Tambah Ustaz Mohd Ali lagi, setiap yang Allah kurniakan kepada kita ada rahsia di sebaliknya yang kita sebagai hamba-Nya tidak tahu sama sekali. Sebaiknya kita redha dengan amanah (anak) Allah dan didik mereka dengan sebaiknya.
“Terima sahaja ketentuan Allah kerana ada hikmah yang tersembunyi. Walaupun sudah amalkan pemakanan dan lain-lain usaha untuk mendapat anak jantina tertentu tetapi jika tidak mendapatnya janganlah berasa kecewa. Redha dengan ketentuan Allah. Walaupun semua anak yang dimiliki adalah perempuan, bersyukurlah kerana ketahuilah bahawa setiap anak perempuan akan mendoakan kesejahteraan ibu dan ayah di akhirat kelak,” katanya.
Beliau turut memberitahu ada Hadis Nabi yang bermaksud “sesiapa yang mempunyai tiga orang anak perempuan dan mendidiknya menjadi anak yang solehah maka aku dan dia seperti ini (Rasulullah mengangkat jari telunjuk dan jari tengahnya) menggambarkan rapatnya hubungan bapa anak perempuan itu dengan Baginda.
Sahabat bertanya kalau dua anak perempuan? Ya jawab Rasulullah lagi.Maknanya mendidik anak perempuan juga ada kelebihannya.
Kesimpulannya, penentuan jantina anak patut kita serahkan kepada Allah SWT. Apa yang penting sebagai ibu bapa kita didik mereka (anak lelaki atau perempuan) menjadi anak yang soleh/solehah dengan sebaiknya tanpa berasa kecewa dengan jantina anak yang dikurniakan.
Khamis, Jun 03, 2010
Segalanya Kuterima
Aku yang kehilangan
Dalam diri sendiri
Terkurung dalam bayanganmu
Gelak ketawa engkau
Bagai bertahun dulu
Menyeretku ke syurga kita
Itu mimpi yang terkenang
Membuat aku terbuang
Tika memapah semangat
Yang masih ada
Cerita silam ini
Menjadi racun bisa
Dan kini aku pun melara
Terlemas di dataran
Dilambung ombak hidup
Pun aku masih menantimu
Akan tersingkapkah cinta
Yang telah sekian lama
Kita dodoikan bersama
Di mimpi ngeri
Biarpun masih tergagah
Menjulang cinta yang patah
Sebenarnya aku kesepian
Dan aku masih cinta
Diri ini penuh luka
Yang tidak akan tertutup
Meskipun ada pengganti
Seiras wajah
Terkurung dalam bayanganmu
Gelak ketawa engkau
Bagai bertahun dulu
Menyeretku ke syurga kita
Itu mimpi yang terkenang
Membuat aku terbuang
Tika memapah semangat
Yang masih ada
Cerita silam ini
Menjadi racun bisa
Dan kini aku pun melara
Terlemas di dataran
Dilambung ombak hidup
Pun aku masih menantimu
Akan tersingkapkah cinta
Yang telah sekian lama
Kita dodoikan bersama
Di mimpi ngeri
Biarpun masih tergagah
Menjulang cinta yang patah
Sebenarnya aku kesepian
Dan aku masih cinta
Diri ini penuh luka
Yang tidak akan tertutup
Meskipun ada pengganti
Seiras wajah
Rabu, Jun 02, 2010
Kebahagian Dalam Perpisahan
Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang
Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta pasti
Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur
Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama semakin rekah
Menimbulkan tanya, apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan..
Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti
Khamis, Mei 20, 2010
Jangan Rosakkan Diri kerana CINTA...
Sesungguhnya orang yang berkali-kali gagal bercinta,pada suatu saat akan bertemu jua cinta sejati yang ditunggunya! Siapa yang pernah merasakan tahulah betapa peritnya. Benarlah kata pujangga, sakit yang paling dahsyat ialah mencintai seseorang, tetapi tidak berbalas. Aneh sekali derita sakit putus cinta ini benci, tapi rindu. Dendam tapi sayang. Dunia terasa sempit, dada terasa mencengkam. Orang yang paling boleh menyakitkan hati kita ialah dia yang pernah paling kita cintai.
Ramai orang yang hancur hidupnya kerana putus cinta. Terlupakah pesan Rasulullah SAW?Cintailah sesuatu itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu ketika, bencilah yang engkau benci itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada satu ketika. Sesetengahnya hilang kewarasan berfikir. Hilang semangat juang. Malah ada yang sanggup bunuh diri. Benarlah kata orang: Dunia akan terkejut mendengar seseorang membunuh diri kerana kematian ibunya, tetapi tidak akan terkejut apabila pembunuhan diri itu disebabkan kematian kekasih yang dicintainya.
Justeru, yang minta mati, akibat frust cinta ramai sekali. (Ingat senikata lagu: Oh, Tuhanku kau cabutlah nyawaku). Buruk sekali keadaan orang yang frust dalam bercinta. Inilah salah satu akibat cinta nafsu. Jika kita berani memperkosa kesucian cinta, awas ia akan menuntut balas dengan cara yang paling kejam. Ketahuilah, seseorang pernah gagal dalam percintaan, kemungkinan dia akan terus melihat kebahagiaan itu laksana pelangi. Tidak pernah di kepalanya sendiri, selamanya di atas kepala orang lain. Pesimis. Prejudis. Bagaimana hendak dihadapi segalanya?Putus cinta adalah bukti bahawa tidak ada cinta sejati kecuali cinta yang diasaskan oleh cinta Allah.
Cubalah anda fikirkan, apakah punca pihak sana atau pihak sini memutuskan cintanya? Mungkin kerana hadirnya orang ketiga? Mungkin dihalang oleh orang tua? Mungkin kerana sudah jemu? Macam-macam alasan diberikan. Ketika itu lupa segala sumpah setia, akujanji, lafaz janji yang dimeterai sewaktu sedang syok bercinta. Hingga dengan itu mereka yang dikecewakan seolah-olah tidak pernah mengenal orang yang dicintai itu. Dia benar-benar berbeza (seolah-olah dia tidak pernah kita kenali!). Putus cinta bukanlah pengakhiran segalanya. Ia adalah satu permulaan yang baik jika ditangani dengan positif. Memanglah di awalnya kita rasa sukar menerima hakikat. Tetapi percayalah kita tetap ada Allah. Semuanya dari Allah.. Dan segala yang datang dari Allah ada baik belaka, walaupun belum terserlah kebaikannya pada pandangan kita. Namun yakinlah, pandangan kita terbatas, pandangan Allah Maha Luas. Sesuatu yang kita cintai, belum tentu membawa kebaikan kepada kita. Manakala sesuatu yang kita benci, belum tentu memudaratkan kita.
Sebagai hamba Allah, renungilah firman Allah ini:Ada sesuatu perkara yang kamu cintai tetapi itu membawa keburukan kepada kamu. Ada pula sesuatu perkara yang kamu benci tetapi sebaliknya ia membawa kebaikan kepada kamu. Sedarlah kamu tidak mengetahui, Allah-lah yang lebih mengetahui. Al Baqarah. Kita inginkan orang yang kita cintai itu terus setia bersama kita. Biar sampai menempuh alam perkahwinan, beranak cucu hingga ke akhir hayat. Segala kata pengukuhan telah diberikan.Kita rasa dialah terbaik untuk kita (you are the answer of prayer). Tetapi entah macam mana, dia berpaling tadah. Waktu itu kita terhenyak lalu berkata, mengapa aku terpaksa menanggung derita ini. Kita frust kerana merasakan dialah yang terbaik, tercantik, ter ter segala-galanya. Sukar membayangkan ada orang lain seumpama dia.
Cinta diberikan seluruhnya. Ketika si dia pergi tanpa berpaling, kita berkata, ya Tuhan, kenapa aku yang terpaksa menerima nasib ini?Harga diri orang yang putus cinta selalu rendah. Penilaian diri terhadap dirinya sendiri menjunam ke paras terendah. Rasa hina (gagak di rimba) berbanding kekasihnya yang pergi (merak kayangan). Sedangkan jika masih ada iman bersemi di dada kita masih boleh berfikir dan berhenti seketika, lalu berkata, Tuhan ada! Pujuklah hati dengan apa yang telah Allah tegaskan bahawa yang baik pada pandangan kita belum tentu baik dalam realitinya. Katakan, dia yang pergi itu bukan yang terbaik.
Mungkin dia terbaik, tapi untuk orang lain. Dan yang terbaik untuk kita pasti datang sebagai gantinya!Jangan katakan kenapa aku yang kena? Jangan labelkan aku yang malang. Tetapi katakan, aku yang terpilih. Terpilih untuk putus cinta dengan manusia supaya terpaksa bercinta dengan Allah. Memang begitulah rahmat Tuhan, kekadang DIA memutuskan untuk menyambungkan. Putus cinta dengan manusia, tersambung cinta dengan Allah. Inilah hikmah di sebalik kesusahan, kemiskinan, kegagalan, dan termasuklah putus dalam bercinta. Dalam ujian kesusahan selalunya manusia lebih mudah ingatkan Allah.
Alangkah indahnya jika orang yang frust cinta itu kembali kepada Allah secara sihat maksudnya, bukan sekadar merintih, mengadu, merayu atau minta mati segera. Tetapi tersentak oleh satu kesedaran bahawa cinta Allah itulah yang sejati. Allah tidak pernah mengecewakan seperti kekasih mengecewakan. Seorang filosof Barat, Hendrick berkata, mencintai seorang yang tidak mencintai kamu adalah sia-sia, menyia-nyiakan orang yang mencintai adalah berbahaya. Cubalah fikirkan siapa yang paling mencintai kita? Siapakah yang kita sia-siakan selama ini? Fikiran tersentak oleh hakikat itu, kita mula berfikir barangkali putus cinta ini adalah rahmat yang tersirat, Allah menjemput aku untuk mencintai-Nya! Sedarlah, bahawa Allah adalah Tuhan yang sentiasa mengasihi kita. Tetapi DIAlah Tuhan yang sering kita sia-siakan.
Frust cinta itu hakikatnya untuk menyambungkan cinta kepada-Nya. Ketika itulah orang yang frust cinta akan benar-benar terasa bahawa dia terpilih, bukan tersisih! Saya punya banyak cerita betapa ramai pasangan suami-isteri yang bahagia bersama orang yang mereka tidak sangka apalagi harapkan sebelumnya. Rugi, buang masa mengenang kekasih dulu. Allah ganti yang lebih baik. Tak sangka, kami akan serasi begini. Begitulah suara-suara testimonial daripada orang yang frust bercinta tetapi akhirnya berjaya melalui kehidupan berumah-tangga dengan orang yang lebih baik (untuk mereka).
Ya, pada waktu terkena dulu belum nampak lagi, sebab itu terasa marah, kecewa, dendam dan benci. Tetapi apabila masa berlalu, segalanya bertukar menjadi syukur, beruntung dan terselamat. Mujur putus dengan dia. Beruntung tidak jadi dengan dia!Begitulah ilmu kita yang terbatas dibandingkan dengan ilmu Allah yang Maha Luas. Yang penting dalam apa jua keadaan sekalipun, iman mesti diperkukuhkan dalam dada. Ingat Tuhan. Cintailah DIA, pasti Allah akan mendorong orang yang dicintai-Nya untuk mencintai kita. Cinta itu bagai mata rantai yang sambung menyambung sesama manusia yang akhirnya bersambung kepada cinta Allah.
Percayalah frust dalam bercinta itu satu ujian. Ujian dalam kehidupan. Ingatlah bahawa alam adalah sebuah sekolah yang besar. Setiap manusia adalah para pelajarnya. Dan kita terpaksa belajar berterusan. Hidup adalah satu siri pelajaran yang tersusun rapi untuk difahami dan dihayati sepanjang hayat.
Frust dalam cinta jika ditakdirkan berlaku kepada anda, adalah satu pelajaran juga. Kita perlu faham pelajaran yang dibawa bersamanya. Jika difahami, pelajaran-pelajaran ini akan memberi panduan dan suluhan untuk menjalani hidup dengan lebih tenang dan bahagia pada masa akan datang. Tetapi sekiranya pelajaran ini gagal difahami, maka hidup akan huru-hara dan kita akan selalu menghadapi keadaan yang tidak menentu. Kemungkinan besar kita akan frust berkali-kali.Semasa kita di peringkat remaja ada pelajaran-pelajaran tertentu yang perlu difahami benar-benar sebelum menghadapi usia dewasa yang jauh lebih mencabar. Apakah pelajaran-pelajaran itu dan apakah cara sebaik-baiknya mempelajarinya? Inilah salah satu persoalan penting yang mesti dijawab oleh setiap remaja. Jangan sampai pelajaran yang sepatutnya selesai di alam remaja terpaksa dibawa ke peringkat tinggi. Kalau begitu rugilah, sama seperti siswa atau siswi yang terpaksa refer atau repeat akibat gagal dalam peperiksaan mereka.
Selasa, April 27, 2010
Sejauh mana pun ku lari
Menggapai hasrat yang terpendam
Biar berkali rebah ku bangun
Walau payah
Kuhimpun kudrat dan harapan
Mengiringi azam yang usang
Sinar seakan pudar
Bila terbit sang suria
Begitulah semangat tegar
Meskipun musimkan silih berganti
Ku terus melangkah
Daku gagahi
Mencari arah
Tuhan Sinarilah kiblatku
Keringat diteman embunan
Kicau unggas turut berdoa
Purnama bagai tenangkan perang
Di dalam hati
Kuhimpun kudrat dan harapan
Mengiringi azam yang usang
Sinar seakan pudar
Bila terbit sang suria
Begitulah semangat tegar
Meskipun musim kan silih berganti
Ku terus melangkah
Daku gagahi
Mencari arah
Tuhan Sinari lah kiblat ku
Kala sujud ku ada kesyukuran
Dalam mimpi ada sedih
Menghantui andai ku alpa
Langit kejayaan ku
Berkiblat pada MuHanya satu...
Menggapai hasrat yang terpendam
Biar berkali rebah ku bangun
Walau payah
Kuhimpun kudrat dan harapan
Mengiringi azam yang usang
Sinar seakan pudar
Bila terbit sang suria
Begitulah semangat tegar
Meskipun musimkan silih berganti
Ku terus melangkah
Daku gagahi
Mencari arah
Tuhan Sinarilah kiblatku
Keringat diteman embunan
Kicau unggas turut berdoa
Purnama bagai tenangkan perang
Di dalam hati
Kuhimpun kudrat dan harapan
Mengiringi azam yang usang
Sinar seakan pudar
Bila terbit sang suria
Begitulah semangat tegar
Meskipun musim kan silih berganti
Ku terus melangkah
Daku gagahi
Mencari arah
Tuhan Sinari lah kiblat ku
Kala sujud ku ada kesyukuran
Dalam mimpi ada sedih
Menghantui andai ku alpa
Langit kejayaan ku
Berkiblat pada MuHanya satu...
Di waktu rindu ku mengemis
Secebis ihsan
Airmataku yang bergenang
Kau biar jatuh berlinangan
Tanpa kau cuba memujukku
Tergamak lihatKu tersungkur mengamit hampa
Sisa hari ku
Sarat mendung
Menganti hujan
Bertahun lama
Aku pun derita sendiri
Bertingkah sedih dengan sepi
Apa mungkin takdirku begini
Akhirnya tuhan
Berikan jawapan yang murni
Bukannnya aku yang berdosa
Dambakan cinta suci
Sebaliknya kau buta hati
Tak nampak kasih yang kau cari
Diri ini
Menangis di depan matamu
Isnin, April 19, 2010
Rabu, April 14, 2010
Kejujuran adalah Kebahagian
Menilai bukan dari keindahan rupa paras
tetapi dari ketulusan hati
jatuh cinta bukan dari kemanisan tutur kata
tetapi dari kejujuran kata-kata
Kehadiran dalam hidup pasti dihargai
sepenuh jiwa andai
kejujuran menjadi teras...
cinta pasti teguh terpatri...
Isnin, April 05, 2010
USAH DAMBAKAN ISTERI SEMPURNA, JIKA DIRI SEBALIKNYA
Wanita seringkali berusaha menjadi isteri terbaik buat suaminya dan sanggup melakukan apa sahaja perubahan agar disayangi dan dikagumi suami.
Namun kebahagian sesebuah perkahwinan bukan terletak pada isteri sahaja, suami juga harus menjadi insan tersayang yang menggembirakan isteri sepanjang masa walau dalam keadaan apa pun. Bukan sekadar memiliki perawakan yang menarik tetapi memiliki satu pakej yang sempurna sehingga menjadi teladan kepada semua, disayangi isteri, dihormati anak-anak, disanjung keluarga dan akhirnya berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat.
Berikut adalah petua bagaimana hendak memenuhi aspirasi berkenaan dan anada mungkin mampu memenuhinya jika piawaian yang anda ada menepati apa yang dicari seorang wanita bergelar isteri. Jadilah suami yang terbaik dan dihormati isteri.
30 Pesanan buat suami
1. Pucuk panggal sesuatu perkara bermula daripada keikhlasan dan niat yang betul. sekiranya anda berniat dan berdoa utk menjadi suami terbaik, tentu anda akan mencapainya. Tanpa niat dan doa harapan anda itu akan tinggal harapan sahaja dan tidak mungkin anda akan menjadi suami yang cemerlang. Ramai lelaki yang tidak mengambil berat mengenai perkara ini.
2. Sentiasalah bersyukur dengan jodoh yang ditentukan buat anda dan bersyukurlah kerana mempunyai pasangan. Yakinlah bahawa isteri adalah pasangan terbaik buat anda. Hargailah dia dan berilah layanan yang selayaknya.
3. Jadilah suami mithali yang dibanggakan isteri. Menjadi suami mithali bermanda anda harus tunjukkan contoh yang baik. Tanya diri ada apakah anda mempunyai sifat dan amalan yang dibanggakan isteri.
4. Peruntukkan masa berbual dengan isteri setiap hari walaupun sekejap. Setiap isteri pasti bahagia apabila suami berbual dengannya. Tanya diri anda berapa minit anda luangkan masa berbual bersama isteri setiap hari??
5. Pulanglh ke rumah dgn senyuman dan semangat bugak dengan keletihan dan wajah yang bengis. Senyuman anda akan membahagiakan isteri dan anak2 dan rahmat akan turun. Percayalah..
6. Gunalh masa di dalam kenderaan utk bergurau senda dgn isteri ketika berjalan2 atau kemana saja. Ini kerana ramai suami lebih suka membisu ketika memandu daripada berbual dengan isterinya.
7. Luangkan sedikit masa menghantar kiriman sms kepada isteri dgn menyatakan anda sayang kepadanya. Pasti isteri akan terasa bahagia dan dihargai apabila anda berbuat demikian.
8. Selain menghubungi isteri, hiburkan hatinya dgn bercerita, bt lawak atau gurauan yg sewajarnya. Ianya pasti mengeratkan hubungan kekeluargaan anda.
9. Jadikan makan bersama setiap hari sebagai amalan. Amalan ini akan mengeratkan hubungan.
10. Tonton tv bersama dan bercerita mengenai apa yg ditonton.
Jumaat, Mac 26, 2010
Mencari Kebahagian...
Allah Ta'ala menyatukan dua insan ; suami dan isteri dengan kasih sayangNya. Nur KasihNya melimpahi hati mereka dan menjadi ikatan yang kukuh menimbulkan keamanan dan ketenteraman jiwa.Keamanan, ketenteraman dan kebahagiaan jiwa ini perlu kepada penjagaan berterusan supaya ianya terpelihara sehingga ke akhir hayat mereka.
Dengan penjagaan ini mereka akan dapat menyebarkan kasih Ilahi kepada anak2 dan masyakarat manusia demi kebahgiaan dan kemenangan dunia akhirat, kembali kepada matlamat penciptaan Insan.Sesungguhnya Allah Ta'ala menjadikan makhlukNya dari sifat KasihNya. Dan menjadikan setiap insan hasil dari cinta kasih ibubapa mereka. Inilah sebahagian tanda kebesaran Allah Ta'ala.Firman Allah Ta'ala:Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan Kekuasaannya dan RahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.(Ar-Rum :21)
Semua pasangan yang mendirikan rumahtangga ingin hidup dalam kemesraan dan mencapai kebahagian. Mereka mengharapkan keamanan dan ketenangan didalam hidup. Mereka mengharapkan kasih sayang berpanjangan hingga akhir hayat mereka.Dalam kenyataan hidup semua yang di sangka indah pada bayangan dan khayalan adakalanya hanya kunjung sementara Kemanisan, kelazatan dan keseronokan yang dirasai pada awal perkahwinan makin pudar, kendur dan adakalanya hilang terus dari ruang kehidupan. Ada yang terpaksa merendam airmata. Sebahagian lain porak-poranda dan bercerai-berai.
Namun tidak kurang juga pasangan suami isteri terus mengecapi kebahagiaan dan kasih sayang berpanjangan walaupun kadangkala terpaksa berhadapan dengan berbagai ujian dan pancaroba hidup zaman yang serba maju. Kapal yang belayar disamudera luas sesekali akan terkena pukulan ombak dan taufan yang tidak terduga. Permulaan yang baik dan ketahanan kapal yang dikemudi dengan baik oleh Nakhodanya yang baik akan selamat membawanya ke pantai bahagia dengan izin Allah.

FAKTOR KEBAHAGIAAN
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kita sukar untuk melahirkan perasaan cinta antara suami isteri seperti yang kita idamkan. Diantaranya ialah:
1. Hati Tidak Fokus.
Hidup di zaman yang penuh dengan tribulasi ini menyebabkan ramai manusia sukar untuk memberikan tumpuan atau fokus untuk merancang hidup dengan lebih serius bersama dengan pasangannya.
2. Terlalu banyak Cinta Pada Satu Masa
Fokus kepada fakta ini ialah , seseorang suami yang mempunyai isteri lebih dari satu pada sesuatu masa . Walaupun poligami suatu yang harus , tetapi ramai yang tak mampu menumpukan kasih sayang kepada seseorang isteri hingga menyebabkan penganiayaan berlaku kepadanya. Demikian juga sebaliknya isteri yang kadang kala kagum kepada lelaki lain selain suaminya, atas ukuran material , pangkat dan sebagainya . Allah berfirman dalam surah al-Nisak ayat 129 : Dan kamu tidak akan mampu berlaku adil antar isteri2mu w/p kamu sgt ingin melakukannya..
3. Banyak Meminta Tapi Kurang Memberi
Normalnya, manusia lebih cenderung untuk meminta tetapi kurang untuk memberi. Kerap meminta kepada Allah adalah satu kebaikan yang dipuji tetapi apabila kerap juga meminta kepada manusia adalah satu sifat yang kurang mulia. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : “Tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah”. Mudah-mudahan amalan membantu orang lain akan membukakan pintu rezki kita dan salah satu daripadanya ialah pintu kasih sayang suami isteri
4. Kenangan Masa silam
Fobia sering terjadi apabila pengalaman lalu yang sering menghantui jiwa. Ia juga boleh berlaku apabila seseorang itu menilai kegagalan orang lain terutamanya yang mempunyai hubungan yang rapat dengannya seperti ibu ayah menyebabkannya terikut dengan sikap buruk individu tersebut. Sebagai contohnya tidak mahu memberikan pertolongan kepada isteri ataupun bagi isteri pula perbuatan tidak mentaati suami.
5. Masalah KewanganPengurusan
kewangan yang baik juga kunci kepada perasaan cinta & bahagia. Sikap boros dan tak menjaga kewangan kerap me natijahkan keretakan rumahtangga . Menurut kajian , peningkatan kes perceraian meningkat mendadak pada musim inflasi .
6. Hidup Yang Tidak Seimbang
Dewasa ini, ramai manusia yang menjalani kehidupannya yang tidak seimbang. Sebagai contoh, seseorang itu lebih gemar untuk mengejar kejayaan kariernya dan mencari kesenangan sehingga lupa untuk memberi penumpuan kepada pasangan dan rumah tangga. Mungkin juga ia sudah menjadi satu tabiat atau trend hidup masa kini untuk hidup berorientasikan kekayaan dan material daripada kongkongan tanggungjawab sebagai seorang suami, isteri, ayah atau ibu.
7. Konsisten Dengan Sifat Negatif
Kekurangan adalah satu kemestian dalam diri manusia. Walaupun begitu, ia boleh dielakkan dengan bijak dan berhikmah. Sebagai contohnya tabiat melepak hingga ke waktu jauh malam semasa zaman bujang. Sikap ini masih diteruskan dengan teman-teman walaupun sudah berumahtangga. Sepatutnya seseorang itu membuangkan sifat negatif itu dan cuba untuk menanam seberapa banyak benih-benih mahmudah supaya ianya subur menyerikan hidup kita.
8. Kurang Doa
Naluri manusia akan selalu berdoa sekiranya seseorang itu ditimpa kesempitan hidup. Perbanyakkan doa kepada Allah agar Dia dapat melahirkan persefahaman dan kasih sayang . Antara doa berkasih sayang yang diajarkan oleh nabi saw adalah Maksudnya : “Ya Allah jadikanlah hambaMu ini dicintai pada hati orang-orang yang beriman, dan jadikanlah mereka menyintai orang-orang yang beriman”
9. Tiada Restu
Ibu bapa juga berperanan dalam mencorakkan kehidupan anak-anak mereka. Sebagai anak, wajarlah bersikap terbuka dan berkerjasama bersama keduanya supaya tidak mendatangkan murka Allah. Di dalam institusi kekeluargaan perlu wujudkan sifat toleransi yang tinggi dan kefahaman yang utuh. Restu ibu bapa juga mempengaruhi impian dan niat kita. Justeru, jagalah hati ibu bapa dan taatilah mereka.
10. Sihir Atau Buatan Orang
Sifat hasad dengki yang sinonim dengan orang Melayu kadang-kadang mendatangkan kemudaratan kepada kita. Manusia sanggup sihir menyihir demi untuk mencapai hasrat mereka. Walaupun ianya satu larangan Allah, namun masih juga terdapat segelintir manusia yang melakukan perbuatan terkutuk ini. Sebagai manusia yang dhaif, mohonlah kepada Allah untuk mendinding dan memelihara diri kita dari sihir manusia dan seumpama dengannya.
11. Hubungan dengan Allah yang sangat lemah.
Allah berfirman dala surah Taha ayat 124: Dan barangsiapa yang berpaling dari peringatanKu maka sungguh baginya kehidupan yang sempit...Konklusinya, seseorang itu perlu mengubah diri seseorang kepada yang lebih positif dan lebih mulia supaya Allah juga akan mengubah dirinya agar mengikut hidayahNya yang lurus. Allah akan mengurniakan kita rasa kasih , sayang atau yang disebut sebagai mawaddah ( zaman muda ) dan rahmah ( zaman dah tua ) sepanjang hidup berumahtangga kita . Hal inilah yang disebut olehNya dalam surah al-Rum ayat ke 21.
Renungkanlah...
Jumaat, Mac 12, 2010
Pertemuan ini bagaikan terbuka
Satu rahsia di dalam rahsia
Ketika kita sama dikota cinta
Kenikmatan pengabdian yang suci..
Dan diwaktu ini
Kau dan aku satu
Berlindung di bawah kebesaran
Tiada kenal erti perpisahan
Penuh restumu oh tuhan..
Dan kini kita terbuang di awangan
Terpisahlah dari kenyataan
Lalu ada yang terlupa pada perjanjian
kerana leka dengan kepalsuan
Tersesat kita dalam perjalanan
Dan kini kita terbuang di awangan
terpisahlah dari kenyataan
lalu ada yang terlupa pada perjanjian
kerana leka dengan kepalsuan
Tersesat kita dalam perjalanan...
Kau dan aku kini bertemu kembali
Menunaikan perjanjian sejati
Dalam suka duka jauh terpisah
Terbuka rahsia cinta..
Dalam suka duka jauh terpisah
Terbukalah.. rahsia cinta...
Isnin, Januari 18, 2010
Jumaat, Januari 08, 2010
Meneka Dalam Kesamaran
Dari sudut hati yang terluka
Dengan niat suci yang membara
Ku curahkan semua harapan ku yang ada
Kerana ku terlalu menyinta
Ku menyingkir tiap keindahan
Ku lepaskan apa yang ku genggam
Tiada ku inginkan keraguan mu
Kian berpanjangan tanpa pedoman
Keteguhan cinta ku pada mu
Membuat ku tak merasa jemu
Seringkali pertanyaan
Yang cuba aku timbulkan
Pada mu itu hanya kebosanan
Bagaikan ada kesamaran
Di dalam sinar pengharapan
Puas sudah mencari silap ku
Puas sudah meneka hati mu
Tiada ku temui
Jawapan mu yang pasti
Yang memberi ketenangan diri
Langgan:
Catatan (Atom)