Selasa, Disember 28, 2010



Sekali air sungai melimpah

Sekali pasirnya pun berubah

Itulah falsafah yang menjadi ikutan

Dan juga bualan..


Tapi bagiku pula berbeza

Sungai mengalir tetap berliku

Yang berubah cuma adalah pasir saja

Penghujungnya muara..


Hati ingin berbicara

Hati ingin merasai

nikmat cinta yang sering diperkata

Tetapi sebaliknya tiada terlaksana


Dahan yang patah tiada bersambung lagi

Hatiku pasrah dalam mencari mimpi

Cekal hatiku serta kapayahanku

Hanya kau saja sudi memahaminya..


Setia ku kini hanya satu

Dan kasihku bukanlah beribu

Biar bercerai badan,jasad ataupun nyawa

Aku tetap setia..