Jumaat, Mac 12, 2010


Pertemuan ini bagaikan terbuka
Satu rahsia di dalam rahsia
Ketika kita sama dikota cinta
Kenikmatan pengabdian yang suci..

Dan diwaktu ini
Kau dan aku satu
Berlindung di bawah kebesaran
Tiada kenal erti perpisahan
Penuh restumu oh tuhan..

Dan kini kita terbuang di awangan
Terpisahlah dari kenyataan
Lalu ada yang terlupa pada perjanjian
kerana leka dengan kepalsuan
Tersesat kita dalam perjalanan

Dan kini kita terbuang di awangan

terpisahlah dari kenyataan
lalu ada yang terlupa pada perjanjian
kerana leka dengan kepalsuan
Tersesat kita dalam perjalanan...

Kau dan aku kini bertemu kembali

Menunaikan perjanjian sejati
Dalam suka duka jauh terpisah
Terbuka rahsia cinta..

Dalam suka duka jauh terpisah
Terbukalah.. rahsia cinta...