Khamis, Disember 03, 2009

APAKAH PENYAKIT ASMA ?

Saluran pernafasan yang normal kelihatan seperti ini.
Asma adalah sejenis penyakit kronik yang diakibatkan oleh radang saluran pernafasan iaitu keadaan di mana saluran pernafasan menjadi sempit secara tiba-tiba yang menyebabkan kesukaran bernafas. Ini adalah kerana saluran pernafasan tersebut amat sensitif kepada bahan-bahan alahan tertentu.
Saluran pernafasan pasakit asma.


FAKTOR PENYEBAB

Setiap pesakit Asma mempunyai penyebab alahan yang mungkin berbeza dengan pesakit Asma yang lain . Antara faktor-faktor penyebab ialah :

Bulu binatang
Debu atau habuk
Perubahan cuaca
Senaman
Merokok dan asap rokok
Debunga
Jangkitan saluran pernafasan
Makanan / Buah-buahan tertentu
Tekanan perasaan
Ubat tertentu


GEJALA - GEJALA PENYAKIT ASMA

Batuk ( terutama d waktu malam atau semasa cuaca sejuk )
Susah bernafas ( sesak nafas )
Nafas berbunyi ( wheezing )
Rasa ketegangan di dada

KAWALAN ASMA

Pesakit Asma boleh menjalani kehidupan biasa seperti orang lain jika Asma dikawal.
Sentiasa gunakan " carta kawalan Asma di rumah " bagi memudahkan anda mengetahui tahap keterukan penyakit asma anda serta tindakan yang sepatutnya diambil.

INGAT !!!

Anda harus berjumpa doktor sekiranya ;
Pernafasan anda menjadi semakin teruk walaupun langkah pengubatan telah diambil .
Sukar bernafas semasa melakukan senaman ringan / aktiviti harian .
Perlu menyedut bronchodilator lebih dari biasa .

Lebih kerap terjaga malam kerana serangan Asma .