Rabu, April 15, 2009

Resipi Nasi Daging

Bahan-Bahan :

1 kilo Daging
4 sudu besar Rempah Sup
6 biji Bawang Merah
5 biji Bawang Putih
3cm Halia (sediakan utk tumisan)
10 cm Halia diketuk untuk direbuskan dengan daging
2 biji Bunga Lawang
4 biji Bunga Cengkih
1 batang Kulit Kayu Manis
Air Sedikit (untuk bancuhan rempah sup)
Air (untuk rebuskan daging)
6 sudu besar Minyak Masak
1 sudu besar Minyak Sapi
Sedikit Garam
3 sudu besar Susu Cair
Daun Sup (untuk ditaburkan dlm nasi)

Air Asam :
Bahan untuk ditumbuk

1 biji Bawang Besar
1 biji Cili Merah (untuk dihiris)
2 biji Cili Merah
Cili Api
Belacan
Garam
1 biji Buah Tomato (untuk dihiris)
Sedikit Asam Jawa
Sedikit Kerisik
Sedikit Susu Cair
Sedikit Sos Tiram

Cara Menyediakan Nasi:

Potong daging tu besar-besar dalam tiga jari. Jangan potong kecil-kecil nanti bila masak hancur. Apabila daging sudah dipotong rebuskan sampai agak-agak lembut (empuk). Ketuk dan masukkan halia sikit masa nak rebus daging itu. Dalam periuk lain tumiskan bawang merah, putih, halia, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dengan sedikit minyak masak dan minyak sapi (untuk lembutkan nasi). Bila dah semua bahan tumis tadi naik kekuningan masukkan rempah sup yang siap dibancuh dengan sedikit air. Tuangkan bancuhan air rempah sup tadi ke dalam bahan tumisan tadi. Biarkan semua tumisan tadi masak dan masukkan daging bersama air rebusannya sekali. Bila dah mendidih masukkan susu cair, garam (secukup rasa) dan beras. Biarkan mendidih dan alihkan ke periuk nasi lalu biarkan ia sampai masak. Apabila masak nasi tersebut taburkan dengan daun sup.

* Sukatan air untuk masak nasi daging sama seperti masak nasi putih biasa cuma bezanya air biasa campur air daging (perhatian sekiranya air daging tidak banyak boleh tambah dengan air biasa).

Cara Menyediakan Air Asam:

Tumbuk cili merah, cili api dan belacan (macam buat sambal belacan). Hiris buah tomato, cili merah dan bawang besar. Sesudah itu masukkan bahan-bahan yang ditumbuk tadi dan bahan-bahan yang dihiris tadi ke dalam bekas. Masukkan air asam jawa, kerisik, susu cair dan sos tiram. Gaulkan semua bahan tersebut dan siap untuk dihidangkan.