Isnin, April 06, 2009

Petua Utk Dikongsi

MENGUBATI LELAH / ASMA
Petua 1: Ambil sebiji buah petola. Buangkan bijinya
(buat lubang di tengah-tengah) dan masukkan 2 hingga 3 ketul gula batu ke dalamnya. Kemudian, bakarlah petola itu sehingga masak dan perahkan petola itu untuk diminum jusnya.
Petua 2 : Rebus seberapa banyak biji buah mata kucing. Apabila telah mendidih, sejukkan airnya untuk diminum. Lakukan amalan ini seberapa kerap yang boleh. Selain mengubati sesak nafas, ia juga boleh melancarkan haid.