Selasa, April 07, 2009

Pengenalan

Asma di kalangan kanak-kanak adalah penyakit yang biasa dan ia melibatkan semua peringkat umur. 10 -14 % kanak-kanak sekolah menghidap asma. Walau bagaimanapun, banyak kajian menunjukkan bahawa penyakit ini semakin menular dan lebih serius di kalangan kanak-kanak.
Serangan asma boleh tergolong kepada serangan yang tidak serius, sederhana hingga ke tahap yang boleh mengancam nyawa. Serangan asma adalah sebab utama/punca kanak-kanak dimasukkan ke hospital.
Asma terjadi kepada kanak-kanak samada mereka mempunyai sejarah asma di kalangan ahli keluarga ataupun tidak. Kanak-kanak yang ada sejarah asma di kalangan ahli keluarga dan penyakit alahan lain seperti eczema, allergic rhinitis dan demam alah (hay fever) mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat asma.

Apakah itu asma?
Asma adalah satu penyakit radang sistem pernafasan yang kronik, di mana salur pernafasan menjadi:
Merah
Bengkak
Menghasilkan lendir berlebihan
Mudah terangsang (hypersensitive)
Apabila terdedah kepada rangsangan atau faktor pencetus, salur pernafasan menjadi sempit dan ini menyebabkan kesukaran bernafas. Tahap serangan asma berubah mengikut masa bergantung kepada pendedahan terhadap pencetus dan ubat kawalan asma.
Apakah faktor pencetus?
Ada beberapa faktor pencetus yang menyebabkan gejala asma. Ada faktor pencetus yang biasa kepada semua pengidap asma, manakala ada antaranya bergantung kepada individu tersebut. Antara faktor pencetus asma adalah:
Jangkitan virus pada sistem pernafasan
Merokok
Perubahan cuaca
Alahan pada debunga seperti house dust mile ,kulat dan binatang peliharaan
Senaman

Bahan perangsang seperti minyak wangi, bau cat dan habuk lantai
Makanan dan perasa tambahan makanan
Ubat seperti aspirin atau lain-lain ubat tahan sakit (NSAIDs atau pain killer)
Emosi
Gastro-oesophageal reflux (Pengaliran asid dari dalam perut ke atas)
Apakah gejala asma?
Gejala utama adalah:
Batuk
Batuk di waktu malam (waktu tidur)
Rasa ketat di dada (nafas berbunyi seperti visel)
Susah bernafas
Apakah tanda tanda asma?
Sebahagian dari kanak-kanak tiada tanda perubahan fizikal semasa bebas dari serangan asma.
Dada berbentuk dada burung (Barrel-shape chest) dapat dielakkan sekiranya asma dapat dikawal dengan baik.
Adanya tanda-tanda penyakit eczema dan resdung (allergic rhinitis) juga menyokong diagnosa asma.
Tanda kelihatan lebih jelas sewaktu serangan asma. Kanak-kanak mungkin mengalami:
Nafas berbunyi (Audible wheeze)
Susah untuk menghembus nafas (breath out)
Nafas laju
Denyutan jantung cepat
Serangan yang teruk menyebabkan kanak-kanak :
Kelihatan gelisah
Letih lesu
Bimbang
Kulit berpeluh dan sejuk
Warna kebiruan pada bibir dan kuku
Penurunan pada bacaan peak flow berbanding kadar bacaan peak flow terbaik individu tersebut (predicted value or personal best)

Sasaran rawatan
Untuk menghilangkan dan mengawal gejala asma
Mengelak serangan asma
Mempunyai kualiti hidup yang baik
Berupaya menyertai acara sukan
Menghalang kemusnahan tisu paru-paru
Mengelakkan kematian

Apakah jenis rawatan asma?
Ubat asma terbahagi kepada 3 jenis ;
Ubat Pencegah
Ubat ini dapat mengelakkan serangan asma dengan mengawal radang di sistem pernafasan. Ia bertindak dengan mengurangkan bengkak dan pembentukan lendir di sistem pernafasan.
Ubat Pelega
Ubat ini bertindak dengan mengendurkan otot-otot pernafasan dan ini seterusnya akan membuka salur pernafasan yang sempit.
Ubat kawalan
Ubat ini bertindak mengendurkan otot pernafasan dan mengekalkan salur pernafasan dalam keadaan terbuka buat masa yang lama. Ia digunakan untuk kes serangan asma yang teruk.

Apa yang perlu dilakukan untuk mengawal asma?
Elakkan faktor pencetus asma
Gunakan ubat pencegah setiap hari mengikut arahan doktor
Gunakan ubat asma dengan cara yang betul
Kenali tanda serangan asma dan dapatkan rawatan awal
Ikut arahan plan tindakan asma yang diberi oleh doktor
Lawatan susulan yang berkala sebagaimana arahan Doktor
Bolehkah asma disembuhkan?
Asma hanya boleh dikawal tetapi tidak boleh disembuhkan.Sebahagian kanak-kanak pulih semasa usia meningkat remaja, manakala sebahagiannya mendapat gejala yang lebih teruk.
Ramai kanak-kanak akan bebas dari asma, walaubagaimanapun ada gejala asma yang menyerang kembali di kemudian hari.
Kumpulan Sokongan

Asthma Society of MalaysiaPersatuan Asma Malaysia, P.O. Box 11Jalan Sultan46700 Petaling JayaMalaysia Tel : +603-757 6641/603-290 5222Fax : +603-757 6588URL : www.ginasthma.com