Rabu, April 15, 2009

Panggilan ayah, bapa atau bapak, baba, papa, daddy

Tidak kisah apa juga gelaran dan panggilannya, merupakan seorang insan yang memikul tanggungjawab yang besar terhadap keluarganya. Bagi masyarakat orang Melayu, seorang bapa dilihat sebagai seorang ketua keluarga yang sangat dihormati bukan sahaja bertanggungjawab mencari rezeki untuk keluarga malahan juga berperanan sebagai pendidik bagi ilmu agama.
Islam mengamanahkan seorang ayah menjaga, melindungi ahli keluarganya di samping pertanggungjawaban mengisi minda keluarganya dengan ilmu agama yang mencukupi sebagai bekalan mengharungi cabaran hidup kelak.
Ayah dilihat persis seorang nakhoda kapal. Sekiranya tidak betah mengemudi kapalnya dengan baik, karamlah kapal, terkorbanlah awak-awaknya. Jika seorang ayah tidak pandai mengetuai keluarganya, kucar-kacirlah keluarga pincanglah rumahtangga.