Khamis, April 09, 2009

Lagi tentang ASMA

APAKAH PENYAKIT ASMA ?

Saluran pernafasan yang normal kelihatan seperti ini.
Asma adalah sejenis penyakit kronik yang diakibatkan oleh radang saluran pernafasan iaitu keadaan di mana saluran pernafasan menjadi sempit secara tiba-tiba yang menyebabkan kesukaran bernafas. Ini adalah kerana saluran pernafasan tersebut amat sensitif kepada bahan-bahan alahan tertentu.
Saluran pernafasan pasakit asma.

FAKTOR PENYEBAB
Setiap pesakit Asma mempunyai penyebab alahan yang mungkin berbeza dengan pesakit Asma yang lain .


Antara faktor-faktor penyebab ialah :

Bulu binatang
Debu atau habuk
Perubahan cuaca
Senaman
Merokok dan asap rokok
Debunga

Jangkitan saluran pernafasan
Makanan / Buah-buahan tertentu
Tekanan perasaan

Ubat tertentu

GEJALA - GEJALA PENYAKIT ASMA

Batuk ( terutama d waktu malam atau semasa cuaca sejuk )
Susah bernafas ( sesak nafas )
Nafas berbunyi ( wheezing )
Rasa ketegangan di dada

KAWALAN ASMA

Pesakit Asma boleh menjalani kehidupan biasa seperti orang lain jika Asma dikawal. Sentiasa gunakan " carta kawalan Asma di rumah " bagi memudahkan anda mengetahui tahap keterukan penyakit asma anda serta tindakan yang sepatutnya diambil.

INGAT !!!
Anda harus berjumpa doktor sekiranya ;

Pernafasan anda menjadi semakin teruk walaupun langkah pengubatan telah diambil.
Sukar bernafas semasa melakukan senaman ringan / aktiviti harian.
Perlu menyedut bronchodilator lebih dari biasa.
Lebih kerap terjaga malam kerana serangan Asma.

Asma atau lelah, semput, penat ialah keadaan sesak nafas akibat dari terlalu banyak cecair / lendir jernih di dalam salur pernafasan. Lendir ini akan menyebabkan oksigen tidak lancar masuk ke dalam paru-paru , lubang semakin sempit dan akan mengeluarkan bunyi desir yang tidak menyenangkan terutama pada waktu malam.

Punca
Salah satu punca banyaknya cecair dan lendir di dalam salur nafas ialah perubahan cuaca, asap dan bau di persekitaran. Perubahan cuaca tidak dapat diatasi. Tetapi pesakit asma boleh mengelak daripada terkena angin kipas dan air con. Elakkan minum air walaupun sesekali sahaja.

Ubat
Ubat asma ialah inhaler iaitu ubat yang disedut dari pam yang berharga RM10.00 yang boleh dibeli di farmasi. Antaranyanya jenama Astalin inhaler ( RM10.00), Bricanyl inhaler( RM25.00) dan Ventolin inhaler ( RM17.00).

Alternatif
Banyakkan minum air panas agar lendir akan cair dan keluar. Sedut inhaler lama-lama agar lendir membeku dan terbatuk keluar.
Wap air panas dengan krim Vick ke hidung.
Duduk di tepi tingkap dan dapatkan udara yang segar dan bersih,
Kurangkan bercakap dengan sesiapa. Tenangkan fikiran kerana jika risau, lendir akan semakin banyak.

Elakkan Jika anda ada memelihara kucing, anjing, arnab dan lain-lain binatang, buanglah atau beri kepada orang lain. Ini kerana anak anda cukup sensitif kepada bulu binatang. Najis kucing amat busuk dan hidung pesakit sensitif kepada sebarang bau. Bau ini akan menyebabkan saluran nafas tersumbat.

Galakkan anak anda bersenam / joging secara terkawal tetapi jangan berlebihan. Pastikan baju dan pakaian bersenam yang bersih.

Tanda-tanda asma dimulai dengan selesema dan boleh datang bila-bila masa sahaja terutama waktu senja. Pastilah di rumah anda 'standby' dengan ubat selesema seperti Clarinase ( RM 10.00 satu paket) atau lain-lain ubat. Simpan sebotol Vick di rumah ( RM7.00 sebotol).
Mandi janganlah lama-lama dan elakkan mandi lewat. Sebaliknya basahkan kaki terlebih dahulu dan lap-lap sahaja di bahagian kepala , muka dan tengkuk. Suhu sejuk di bilik air akan mengundang asma jika terlalu lama berada di dalam air. Mandi dengan air suam lebih baik.
Bilik tidur mestilah adap pengudaraan yang baik dan bersih. Pastikan ada tingkap , katil tepi tingkap dan berada dekat tingkap supaya dapat menyedut udara bersih.

Habuk, asap, jerebu , bau dan seumpama hendaklah dielakkan . Oleh itu jangan suruh anak anak menyapu sampah dan mengemas buku-buku atau permukaan yang berhabuk.
Diambil daripada "
http://ms.wikipedia.org/wiki/Ubat_asma"