Khamis, Mac 12, 2009

APAKAH PENYAKIT ASMA ?

Asma adalah sejenis penyakit kronik yang diakibatkan oleh radang saluran pernafasan iaitu keadaan di mana saluran pernafasan menjadi sempit secara tiba-tiba yang menyebabkan kesukaran bernafas. Ini adalah kerana saluran pernafasan tersebut amat sensitif kepada bahan-bahan alahan tertentuFAKTOR PENYEBABSetiap pesakit Asma mempunyai penyebab alahan yang mungkin berbeza dengan pesakit Asma yang lain . Antara faktor-faktor penyebab ialah : - Bulu binatang - Debu atau habuk - Perubahan cuaca - Senaman - Merokok dan asap rokok - Debunga - Jangkitan saluran pernafasan - Makanan / Buah-buahan tertentu - Tekanan perasaan - Ubat tertentu GEJALA - GEJALA PENYAKIT ASMA- Batuk ( terutama d waktu malam atau semasa cuaca sejuk ) - Susah bernafas ( sesak nafas ) - Nafas berbunyi ( wheezing ) - Rasa ketegangan di dada KAWALAN ASMAPesakit Asma boleh menjalani kehidupan biasa seperti orang lain jika Asma dikawal. Sentiasa gunakan " carta kawalan Asma di rumah " bagi memudahkan anda mengetahui tahap keterukan penyakit asma anda serta tindakan yang sepatutnya diambil. INGAT !!! Anda harus berjumpa doktor sekiranya ;- Pernafasan anda menjadi semakin teruk walaupun langkah pengubatan telah diambil . - Sukar bernafas semasa melakukan senaman ringan / aktiviti harian . - Perlu menyedut bronchodilator lebih dari biasa . - Lebih kerap terjaga malam kerana serangan Asma .