Khamis, Februari 05, 2009

Kesayanganku...Danial...


Kesayanganku...

Danial ...
Hanya Allah yang tahu betapa peritnya hidup mama
di saat adik tiada di sisi dan jauh dari pandangan mata...
tapi mama harus terima hakikat..
ini adalah sebahagian ujian dari Allah utk mama…
semoga ujian ini hanya sementara..
kerana mama takut mama tidak berdaya…
kerana terlalu merindui adik…
namun, nyata...mama tiada pilihan..
berjauhan buat sementara adalah jalan terbaik buat kita…

Danial...
Jika panjang usia..akan mama pastikan dirimu bahagia dan mendapat kasih sayang secukupnya...akan mama ganti semula segala masa yang terbuang kerana tidak dapat menjagamu di saat-saat kau sangat memerlukan kasih dan belaian seorang ibu...

Danial...
Percayalah tidak pernah terlintas di fikiran mama
kita terpaksa berjauhan begini..
tetapi..keadaan memaksa kita utk berpisah jauh dari pandangan mata...
tp mama percaya pengorbanan menjanjikan kebahagiaan...
mama berdoa agar ada bahagia utk kita selepas ini ...

Danial...
Bersabarlah dengan ketentuan tuhan..walau adik jauh dari pandangan...namun setiap saat adik sentiasa bermain dimata mama..ingin mama katakan bahawa mama sangat bertuah melahirkan adik...dan sangat bangga kerana dirimu adalah milik mama selamanya..
mama bangga menjadi ibumu...

Danial...
Doa mama agar kita disatukan semula...saat itu hanya Allah yang tahu betapa bahagia dan bermaknanya hidup mama disamping dirimu..
kerana kehadiran ADIK membawa kebahagiaan dalam hidup MAMA...

Amin...